Banyak yang cuba sab0taj dan baru-baru ini, ada yang buat lagi. Mungkin orang nampak saya fragile (rapuh), senang-senang boleh viralkan.”
Pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu mendedahkan ada pihak cuba mensab0taj perniagaan Bubble Beenya.
“Individu terbabit cuba berkomplot sebab tidak berpuas hati dengan saya.
“Saya bayar gaji, awak ikut kerja. Kalau betul saya l4nggar peraturan ya, saya salah.
“Tapi, selagi saya mengikut Akta Buruh yang ditetapkan sebagai majikan, saya tidak takut kalau tak salah,” katanya dipetik dari Gempak.
Berikutan kejadian, Shuib memutuskan untuk memecat individu terbabit kerana merugikan syarikatnya.
“Saya tak boleh bertoleransi lagi dan apabila melibatkan orang dalam yang cuba menjatuhkan saya, terpaksa saya buang,” katanya.
Apa yang tak puas hati sangat sampai nak sab0taj Shuib? –
Shuib ditawar gelaran Datuk
KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon, Shuib Sepathu, 36, mendedahkan menerima tawaran pangkat ‘Datuk’ dari sebuah negeri.
Bagaimanapun, Shuib atau nama sebenarnya, atau Shahmira Muhamad masih memikirkan untuk menerima kurniaan darjah kebesaran berkenaan. Sama ada bersetuju atau sebaliknya, juara Raja Lawak musim ketiga itu masih mempertimbangkannya.
Pelawak yang juga usahawan berjaya itu berkata, mereka hanya menunggu persetujuan daripadanya.
“Sejujurnya, saya mengaku ada menerima tawaran darjah kebesaran dari sebuah negeri. Kami sudah berjumpa untuk berbincang mengenainya, tetapi ada beberapa faktor yang perlu dikaji sebelum bersetuju menerima gelaran berkenaan.
“Mereka kini hanya menantikan jawapan saya. Jika bersetuju, mereka akan masukkan nama saya dalam senarai penerima. Sebenarnya, saya masih dalam dilema, saya ada bertanyakan pendapat orang lain termasuk pihak pengurusan dan rakan terdekat.
“Ada yang kurang bersetuju sekiranya saya menerima tawaran ini memandangkan saya masih bekerja sebagai penyampai radio Hot FM. Saya sendiri sebenarnya sukar membuat keputusan, sama ada sesuaikan saya memikul tanggungjawab membawa gelaran Datuk walaupun mereka memberitahu saya sudah cukup kriteria,” katanya kepada BH Online.
Suami kepada penyanyi, Siti Sarah Raisuddin itu berkata, dia melihat gelaran berkenaan mampu memberi kelebihan kepadanya dalam beberapa perkara sebagai ahli perniagaan, apatah lagi, kerap bertemu dengan ramai usahawan berpengaruh.
“Melihat sudut perniagaan, saya rasa perlu mempertimbangkan perkara ini. Saya selalu menghadiri mesyuarat dan berbincang urusan perniagaan bersama usahawan yang kebanyakannya bergelar Datuk Seri dan Datuk, ada kala ia membuatkan saya berasa janggal.
“Mungkin dengan adanya gelaran ini, saya menjadi lebih yakin ketika berurusan dengan usahawan lain. Bagaimanapun, saya harus mempertimbangkan dengan mendalam, sebelum membuat keputusan menerima gelaran ini,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak. CARI via Trendingsangat