Meskipun pada awalnya dikenali sebagai pelakon kanak-kanak, Naim Daniel berusia 22 tahun semakin mengasah bakatnya dalam bidang nyanyian pula dimana ternyata kedua-dua bidang berkenaan, dia cukup berbakat.
Berlakon boleh, menyanyi juga merdu pasti sahaja membuatkan peminat ‘cair’ dengan kebolehan Naim Daniel apatah lagi sikapnya yang merendah diri dalam industri hiburan walaupun berjaya menempa nama sehingga semakin terkenal membuatkan dia semakin disukai ramai.
Sekali gus menjadi inspirasi dengan semangatnya dan kejayaan Naim Daniel yang kini sudah memiliki aset seperti rumah dan kereta meskipun masih muda.
Walau bagaimanapun, apa yang membuatkan dia menjadi buah mulut sejak kelmarin apabila sekeping foto bersama seorang perempuan jelita berhijab yang mengenakan baju kurung ini.
Menerusi Instagram miliknya, Naim Daniel memuat naik sekeping foto bersama seorang perempuan dan lebih membuatkan foto berkenaan mencuri tumpuan peminat dan pengikut apabila dia turut tag nama akuan perempuan tersebut di hatinya.
Tidak menulis kapsyen panjang, ternyata perkongsian Naim Daniel membuatkan ada peminat ‘patah hati’ selain tertanya-tanya adakah penyanyi itu menunjukkan cincin pertunangan.
“Halah main tag kat hati pulak halah halah…”
“Dah taken abang Danial kita ni”
“Tunang da ke? Tiber…”
Menjenguk kelaman Instagram yang di tag Naim Daniel, ternyata perempuan berkenaan turut melakukan hal yang sama seperti penyanyi berkenaan dengan ‘tag’ nama akaun Instagram dihati.
Tidak menjelaskan lebih lanjut, ramai mulai berteka-teki tentang hubungan Naim Daniel bersama perempuan berkenaan selain mengatakan mereka berdua sangat sweet dan serasi.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HCL via TerengganuTv