Hawa Rizwana bukan ‘taste’ Zizan Razak! Sudah Bertunang Dengan Gadis Terengganu?

SETIAP kali dilihat rapat dengan mana-mana gadis, pelakon dan pelawak Zizan Razak tidak terlepas daripada telahan nakal kononnya sedang hangat bercinta.

Terbaharu Zizan dikaitkan pula dengan penyampai berita dan pengacara Wanita Hari Ini iaitu Hawa Rizwana Redzuan.

Walaupun mengakui Hawa, 25, seorang gadis yang baik, Zizan berkata dia tidak pernah menyimpan perasaan terhadap personaliti televisyen itu.

“Saya pun tak tahu kenapa digosipkan dengan Hawa. Saya menganggap dia sebagai adik sahaja, tidak lebih daripada itu.

“Saya juga tak pernah ada perasaan kepada dia dan pada saya Hawa seorang anak yang sangat baik, adik yang sangat konsisten dengan kerja. Cara mengayuh pun menunjukkan dia seorang yang fokus dengan apa yang dia buat,” katanya kepada mStar.

Spekulasi hubungan cinta Zizan dan Hawa bermula selepas mereka berkongsi foto mengayuh basikal bersama.

Menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, dia tidak mahu gosip seperti ini menjejaskan nama baik mereka berdua dalam kerjaya masing-masing.

Pelakon filem H4ntu Bonceng ini turut berkata mereka tidak berhubung melainkan berkaitan aktiviti beriadah.

Di samping itu, Zizan mengakui risau spe3kulasi mengenai mereka berdua akan mendatangkan perkara tidak baik pada masa akan datang.

“Saya sokong dia… dan pada masa sama apabila orang gosip pasal kami, saya risaukan kerjaya dia… saya pun risau dengan kerjaya saya.

Zizan tidak mahu kerjayanya dan Hawa terg4nggu disebabkan gosip tidak berasas.

“Saya pun tak nak orang bercerita begini sampai jadi gosip dan orang mula percaya yang kami ada apa-apa. Kalau tak fasal mengayuh, kami tak berhubung pun.

“Saya risau ia menjadi spe3kulasi yang boleh mendatangkan benda tidak baik. Saya cerita benda ni supaya orang faham yang kami hanyalah seperti abang dan adik,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zizan menyifatkan cubaan orang sekeliling untuk satukan dia Hawa adalah tidak masuk akal kerana gadis itu terlalu muda dan kerjayanya dalam industri media baharu sahaja bermula.

Tambahnya, dia tidak mahu nama baik mereka berdua tercemar dengan gosip yang tidak berasas.

 

Saya rasa kelakar sebab dia terlalu muda.

ZIZAN RAZAK

PELAWAK DAN PELAKON

“Apabila orang cuba nak padankan dengan dia, saya rasa kelakar sebab dia terlalu muda.

“Saya nak dia berkerja dengan baik. Saya tak nak dia naik dengan gosip. Saya pun tak nak apabila orang sebut nama saya… orang akan ingat sebab perempuan,” ujarnya.

Zizan Razak Dah Selamat Bertunang Dengan Gadis Terengganu?

Pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara, Zizan Razak menafikan dakwaan yang mengatakan dia sudah bertunang dengan gadis yang berasal dari Terengganu.

Terkejut dengan desas-desus terbabit, Zizan menganggap dakwaan tersebut sebagai satu doa

“Saya pun pertama kali dengan dakwaan ini. Mana datangnya berita saya bertunang? Saya pun tak tahu.

“Sejujurnya, memang tak ada. Saya sendiri tiada teman wanita sekarang ini, saya memang solo.

“Kalau itu adalah doa, saya terima dengan sebaiknya. Tapi, buat masa ini saya memang tidak bertunang dengan sesiapa,” kata Zizan

Tambah Zizan, dia juga tidak akan menyembunyikan berita gembira sekiranya ia benar-benar terjadi.

“Sudah semestinya saya akan berkongsi dengan semua orang jika saya bakal menempuhi fasa bahagia atau permulaan baru. Saya tak akan berdiam sahaja,” katanya lagi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar via AppleHijau