[VIDEO] Wah untungnya…pegawai keselamatan ini tak sangka dapat ‘hadiah’ daripada menteri

UNTUNGLAH nama sama, kan?

Seorang pengawai keselamatan yang berkhidmat di Parlimen tidak menyangka menerima ‘hadiah’ daripada Menteri Luar Negeri yang kebetulan berada di bangunan itu untuk sesi sidang dewan.

Perkongsian video berdurasi 18 saat dalam akaun Instagram milik Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein itu tul4r dalam media sosial sehingga menerima lebih 80,000 tontonan.

Tak kurang juga ada lebih 450 komen yang rata-rata ‘mencembvrui’ hadiah berupa tanda nama yang diberikan secara spontan.

Terserempak dengan pegawai keselamatan nama Hisammuddin kat Parlimen tadi 😄 So saya pun hadiahkan nametag “Hisham” milik saya kepada beliau 😊

Terima kasih Hisammuddin, semoga dipermudahkan urusan dalam menjalankan tugas!

nametag hishammuddin

Rata-rata warganet menyifatkan Ahli Parlimen Sembrong itu seorang pemimpin yang baik dan sentiasa rendah diri.

Tak kurang juga memuji kebaikan anak Tun Hussein tidak kira siapa dan di mana jua beliau berada.

Bagus juga ada pemimpin humble seperti ini. Bila jumpa, dapat salam dan balas senyuman pun dah cukup bagi rakyat marhaen. Betul, kan?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar