Wanita ‘gelang pink’ dir4wat di hospital

IPOH – Seorang pes4kit di bawah pengawasan (PUS) w4b4k koronav1rus (c0v1d-19) yang tular makan di sebuah restoran di Meru Raya di sini telah dikenal pasti dan kini sedang menerima rawatan di h0sp1tal Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Menurut sumber, wanita berusia 72 tahun itu diarahkan untuk menjalani kuar4ntin selama 14 hari selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 Julai lalu.

“Saringan pertama yang dijalankan mendapati wanita tersebut negatif, namun dipakaikan gelang tersebut serta diperintahkan menjalani kuar4ntin.

“Kejadian itu pula berlaku di sebuah kafe pada 6 Julai lalu bersama keluarganya setelah tiba dari Selangor untuk sarapan sebelum menjalani kuar4ntin di rumahnya sedangkan gambar itu baharu sahaja tular kelmarin,” katanya.

Menurutnya, saringan kedua selepas 13 hari menjalani kuar4ntin mendapati wanita tersebut positif dan telah dimasukkan ke h0sp1tal sejak 17 Julai lalu.

“Wanita itu kini masih dalam rawatan c0v1d-19 di h0sp1tal terbabit bersama anak lelakinya setelah ujian kali kedua didapati positif.

“Berdasarkan penjelasan daripada pihak kesihatan, volume (kandungan) v1rus adalah kurang dan risiko menj4ngk1ti juga kurang,” katanya.

Sementara itu, Ketua p0lis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan perkara itu setelah si4sat4n dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pada masa sama, Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, kerajaan negeri memandang serius isu berkaitan pelanggaran SOP oleh wanita berkenaan.

Beliau turut menasihatkan orang awam agar sentiasa mematuhi SOP memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berjalan dan kes c0v1d-19 juga masih bertambah di negara ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar