Cov1d-19: Gombak & Hulu Langat Kembali ke Zon Kuning!

Dua daerah zon hijau sebelum ini iaitu Gombak dan Hulu Langat kembali ke zon kuning selepas merekodkan kes positif baru c0v1d-19.

Ia menjadikan Selangor kembali mengalami peningkatan dalam kes c0v1d-19, sadangkan pada minggu lalu negeri ini merekodkan penurunan kes positif yang baik, sekali gus menjadikan hampir semua daerahnya berada di zon hijau kecuali Sepang.

 Pasukan Petugas Pencegahan c0v1d-19 Selangor (STFC) di Facebook menerusi sebuah entri mended4hkan, daerah Gombak kembali ke zon kuning pada Ahad lalu apabila mukim Cheras mencatatkan satu k3s baharu.

Daerah Hulu Langat yang sebelum ini merekodkan k3s tertinggi memasuki zon kuning apabila satu k3s baharu direkodkan di mukim Batu. Sepang pula masih kekal di zon kuning dengan 12 k3s aktif.

“STFC memandang serius laporan yang memaparkan tahap ketidakpatuhan yang mencem4skan dalam kalangan masyarakat.

“Warga Selangor seharusnya sentiasa peka dan berdisiplin mematuhi norma baru kerana negeri ini pernah mencatatkan kes j4ngk1tan tertinggi di dalam Malaysia satu masa dahulu,” katanya.

Sementara itu, enam daerah yang berada di zon hijau adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Petaling dan Hulu Selangor.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak