40 jemaah t4bl1gh Malaysia terk4ndas di India selamat tiba

SHAH ALAM – ser4mai 40 jemaah tabligh Malaysia yang terk4ndas di India akibat p4ndemik c0v1d-19 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 2.45 petang semalam.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, mereka termasuk dua jemaah tabligh yang baru selesai kes perbic4raan di Saharanpur, Uttar dibawa pulang dengan menaiki pesawat Air India Express.

“Mereka adalah kumpulan kedua selepas 62 jemaah tabligh selamat tiba pada 18 Julai lalu.

“Kumpulan tabligh terbabit diwajibkan menjalani ujian saringan c0v1d-19 dan perlu menjalani proses kuarantin selama 14 hari di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi untuk pemantauan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan mempergiatkan lagi kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di India dalam usaha untuk memudah cara kepulangan jemaah tabligh ke tanah air.

Katanya, Kementerian Luar Negeri menerusi perwakilan-perwakilan Malaysia di India akan terus memantau perkembangan situasi ini dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara.

“Sehingga hari ini, ser4mai 87 jemaah tabligh rakyat Malaysia masih berada di India. Daripada jumlah itu, ser4mai 25 jemaah di New Delhi dijangka pulang ke tanah air pada 29 Julai ini, manakala 52 lagi yang berada di beberapa wilayah di India dan sedang menjalani proses perundangan.

“Sembilan lagi jemaah berada di Kolkata, Utara Bengal dan sedang menanti prosedur perundangan seterusnya, manakala seorang di Amravati, Maharashtra tidak dikenakan apa-apa pertudvhan,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar