Malaysia bakal berdepan peningkatan mendadak kes Cov1d-19

PUTRAJAYA – Malaysia bakal berdepan peningkatan k3s c0v1d-19 secara mendadak dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar j4ngk1tan atau R-naught (R0) pada ketika ini adalah 1.36 meningkat berbanding 0.3 pada tiga minggu lalu.

“Apa yang membahayakan adalah kalau R-naught meningkat lebih 1.6 dan bererti lebih ramai dij4ngk1ti,” katanya pada sidang media perkembangan terkini c0v1d-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, kenaikan nilai R0 berlaku berikutan peningkatan k3s dan pengesanan beberapa kluster baharu baru-baru ini.

“Pada 9 Julai lalu, jumlah ke3s aktif adalah 63 k3s dan hari ini 143 k3s iaitu kenaikan berganda,” katanya.

Justeru beliau merayu kepada seluruh rakyat agar sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Jadi saya merayu kepada rakyat supaya patuh kepada SOP.

“Hanya ada tiga perkara perlu laksanakan iaitu penjarakan selamat satu meter, memakai pelitup muka dan cuci tangan dengan sabun dan air,” katanya.

Nilai R0 pada sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada kadar 3.55.

Jumlah k3s aktif dilaporkan setakat ini 143 k3s.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar