“Ni mesti reuse banyak kali tak cuci” – Pakai Mask Fabrik Punca ‘Makcik Gelang Pink’ & Anak Dij4ngkiti C0VID-19

Kita semua tahu yang selain daripada memakai pelitup muka jenis surgical, ramai juga di kalangan orang awam di luar sana memakai mask jenis fabrik.

Hal ini kerana mask jenis fabrik ni mur4ah dan boleh pula dipakai berulang kali. Bukan pakai buang macam mask surgical tu kan.

Pun begitu, mask jenis fabrik ni sebenarnya tidaklah berkesan sangat dalam melindungi individu daripada terkena j4ngk1tan c0v1d-19.

 

Mask fabrik punca j4ngkitan c0v1d-19

Menurut Harian Metro, siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati ‘makcik gelang pink’ yang tular beberapa hari lepas bersama anaknya yang positif c0v1d-19 berpunca daripada pemakaian pelitup mula jenis fabrik. Alamak! 

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, emak dan anak yang berasal dari Ipoh tersebut berkemungkinan mendapat j4ngk1tan import dari United Kingdom.

“Siasatan awal kami mendapati pelitup muka yang dipakai mereka adalah jenis fabrik bukan kegunaan perubatan.

“Hasil saringan c0v1d-19 mengesahkan anaknya disahkan positif Sabtu lalu dan sedang dirawat di h0sp1tal,” katanya.

Buat masa ini, siasatan sedang dijalankan bagi mengesan kontak rapat dua beranak tersebut.

“Kalau dah guna banyak kali tak bercuci-cuci…” 

Dalam pada itu, rata-rata netizen berpendapat pemakai mask fabrik ini kenalah rajin membersih mask mereka setiap hari selepas guna kerana itu juga boleh jadi punca ia kotor dan penuh bakteria.

 

Selain itu, adalah lebih baik kalau korang ikuti saranan KKM dalam memakai mask fabrik yang disyorkan WHO macam kat bawah ni.

Sama-sama kita putuskan rantaian c0v1d-19 ni ye! 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Lobakmerah via LepatPisang