MBI Mula Bersuara Tentang Status Pengiktiran Ikon Bandaraya Ipoh Yang Diberikan Kepada S Pavithra

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak bercadang menarik balik pengiktirafan Ikon Bandaraya Ipoh yang diberikan kepada YouTuber masakan sensasi, S Pavithra Isnin lalu.

Pegawai Perhubungan Awam MBI, Mohd Syahrizal Azmi berkata, pihaknya maklum akan perkembangan terkini membabitkan wanita itu dan suaminya, M Sugu namun ia sama sekali tidak menjejaskan anugerah yang sudah diberikan.

“Tambahan pula pengiktirafan itu untuk Pavithra sendiri. Apa sahaja masalah atau k0nflik berkaitan perhubungan pasangan terbabit di luar kuasa dan campur tangan MBI,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu media melaporkan wanita berusia 28 tahun kelahiran Buntong itu menjadi individu pertama disenaraikan dalam 100 Ikon Bandaraya Ipoh.

Pengiktirafan itu diberikan selepas kejayaannya membina kerjaya menerusi bakat memasak sehingga mendapat lebih 770,000 pengikut di YouTube.

Pagi tadi, Sugu, 29, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit di tempat awam.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, suami pasangan itu tidak berpuas hati apabila namanya tidak tercalon untuk menerima anugerah Ikon Bandaraya Ipoh.

Perselisih4n faham itu berlanjutan sehingga membawa kepada kejadian pvkul di pekarangan luar wad bersalin h0sp1tal Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.54 petang Selasa itu, tindakan susp3k yang berada dalam keadaan m4buk dan memegang sebilah s4bit disedari jururawat dan pengawal keselamatan h0sp1tal.

Susulan kejadian itu, tiga laporan p0lis dibuat terhadap lelaki berkenaan di Balai p0lis Sungai Senam, Ipoh.

‘Saya sudah maafkan suami atas apa yang berlaku…’ -Pavithra

“Saya maafkan suami”. Itu ungkapan ringkas diberikan oleh S Pavithra berhubung k0nflik melibatkan dia dan suaminya yang agak mengejutkan masyarakat di seluruh negara, sejak beberapa hari ini.

Pavithra, 28, berkata, dia tidak mahu lagi memikirkan masalah berlaku, sebaliknya mahu fokus kepada kehidupan mereka sekeluarga termasuk kembali meneruskan program masakan di YouTube.

“Apa yang terjadi semuanya berkaitan masalah keluarga dan saya sudah maafkan suami atas apa yang berlaku.

“Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa dan kami akan kembali bersama meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa sahaja,” katanya.

Dia berkata demikian selepas menjelaskan bayaran jaminan RM10,000 yang dikenakan ke atas suaminya di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini.

Terdahulu, suaminya, M Sugu, 29, mengaku tidak bersalah atas pertuduh4n memiliki senj4ta berbah4ya iaitu sebil4h s4bit di tempat awam.

Pavithra yang kelihatan sedih memohon kepada orang ramai untuk terus memberi sokongan terhadap program masakan kendalian mereka di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’.

“Saya harap tiada yang salah faham dan saya sendiri pun tidak ambil hati atas apa juga komen diberikan netizen di media sosial. Teruslah beri sokongan kepada kami,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar