Suhakam d4kwa usir Md Rayhan sebagai terbvru-bvru

SHAH ALAM – Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) mendakwa tindakan mengvsir keluar dan menyenarai hitam lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Md Rayhan Kabir daripada memasuki Malaysia buat selama-lamanya sebagai tindakan terburu-buru.

Pesuruhjayanya, Jerald Joseph berkata, tindakan sebegitu mungkin dilihat wajar dari segi perundangan negara serta bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia tetapi ia bukanlah penyelesaian kepada isu yang berlaku.

“Saya melihat pada ketika ini, sebaiknya biarkan p0lis menjalankan si4sat4n secara menyeluruh untuk membuktikan kesahihan pended4han Md Rayhan menerusi dokumentari yang disiarkan Al Jazeera iaitu tentang diskriminasi layanan pihak berkuasa Malaysia terhadap warga asing sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras c0v1d-19 di negara ini.

“Setelah p0lis selesai dengan si4sat4n mereka, barulah ditentukan bentuk tindakan untuk Md Rayhan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Jerald berkata, sekiranya tindakan pengusiran dan senarai hitam itu diteruskan, Suhakam melihat ia akan memberi impak kepada imej Malaysia dan akan men4kut-n4kutkan warga asing lain yang tinggal dan bekerja secara sah di negara ini.

“Mereka akan beranggapan jika selepas ini berlaku perkara tidak betul yang mungkin dilakukan pihak berkuasa Malaysia ke atas mereka, mereka tidak boleh bercakap benar atau diberi ruang untuk membela diri.

“Jadi dalam situasi sekarang, saya menyarankan agar semua pihak berkuasa di negara ini untuk melihat sebarang kritikan yang dibuat terhadap mereka atau negara bukan sekadar kritikan tetapi sebagai maklum balas untuk memperbaiki perkhidmatan. Ambil secara positif,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar