Eksklusif 15 Foto Majlis Perkahwinan Miera Leyana yang Cukup Gah

Pelakon Miera Leyana selamat manamatkan zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota malam tadi.

Dengan sekali lafaz, Miera 27, bergelar isteri kepada Roslan Othman, 40-an.

Pasangan tersebut diijabkabulkan oleh bapa Miera sendiri, Datuk Seri Kasmi Arsat kira-kira pukul 8.45 malam.

Pelakon drama Memori Cinta Suraya itu turut menerima mas kahwin berjumlah RM100.

Miera berkata, dia dan suami bersyukur pada Allah SWT  kerana akhirnya disatukan sebagai suami isteri yang sah.

“Saya mengucapkan terima kasih atas doa dan restu dalam penyatuan dua hati pada malam ini.

“Secara jujurnya, saya tak sangka akan mengahwini seorang lelaki yang pada awalnya hanya sekadar teman baik. Kami memang tak beriya-iya bercinta seperti pasangan lain, cuma saya sangat selesa berkawan dengannya,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo! Online.

Pasangan itu mula berkenalan dalam sebuah majlis pelancaran yang dihadiri mereka kira-kira empat tahun lalu.

Berkongsi detik indah, kata Miera dia terkejut apabila Roslan meluahkan isi hati dan melamarnya untuk dijadikan sebagai isteri pada Mei lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : GEMPAK