Tiada perasaan luar biasa

KUALA LUMPUR: Minat mengayuh basikal menimbulkan spekulasi pelawak, pelakon dan pengacara, Zizan Razak, 36, menjalinkan hubungan istimewa dengan personaliti TV3, Hawa Rizwana Redzuan.

Bagaimanapun, pelakon filem p0lis Evo itu menafikannya, malah menganggap pembaca berita Buletin Utama itu tidak lebih daripada seorang adik.

“Orang yang nampak kami mengayuh bersama, itu sebenarnya secara kebetulan. Saya terserempak Hawa dan rakannya sedang berbasikal.

“Tak tahulah kenapa hal sebegini pun boleh menjadi gosip. Hakikatnya, saya anggap Hawa seperti adik. Betul, tak lebih daripada itu.

“Saya suka menyakat Hawa, tetapi tidak lebih kepada usik adik beradik. Saya tiada perasan luar biasa terhadapnya,” katanya kepada BH Online.

Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu berkata, dia melihat Hawa, seorang anak yang baik dan konsisten dalam membina kerjayanya.

“Tengok sahaja cara Hawa mengayuh basikal sangat konsisten. Saya menyokongnya.

“Bagaimanapun, saya risau juga gosip dengan Hawa. Takut orang percaya ada hubungan istimewa antara kami.

“Saya kasihan pada Hawa jika peminat anggap ada ikatan cinta hingga mencetuskan spekulasi kurang baik,” katanya.

Katanya, dia dan Hawa tidak berhubung jika bukan sebab mengayuh basikal.

“Ikutkan bukan sebab mengayuh basikal, kami tidak akan berhubung. Memang tiada nak ajak minum atau lepak.

“Biarlah Hawa fokus dengan kerjayanya yang baru meningkat. Saya pun tak nak bila rapat dengan seseorang artis dianggap ‘awek’.

“Saya mahu hidup dengan gaya sihat. Berbasikal pun kena gosip,” katanya.

Artikel berkaitan.

Zizan Razak ‘Try’ Wartawan Mirip Neelofa – “Saya Nak Cari Yang Bertudung, Boleh Mengacara”

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH