Baru 1 bulan kenal. BF dah dpt hidu perangai sebenar Alya

SUSULAN kontroversi Alya Iman dituduh gold digger dan per4mp4s suami orang, teman lelakinya Ridhwan Rosli tampil mempertahankan pelakon dan model muslimah itu.

Tidak setuju dengan tuduhan kesat yang dilemparkan netizen, Ridhwan ketika dihubungi mStar menyifatkan Alya seorang gadis yang sentiasa bersederhana dalam kehidupan seharian.

“Bukan, dia bukan seorang gold digger. Dia seorang yang sangat sederhana.

“Skrin telefon dia retak pun dia masih guna. Kedua-dua telefon bimbit dia retak sebenarnya tapi dia masih gunakannya. Model telefon tu pun bukan model terkini.

“Tapi, sudah semestinya di media sosial, dia perlu tunjukkan perkara yang baik-baik dan cantik-cantik,” katanya.

Menurut Ridhwan, dia mengenali Alya selepas pelakon itu mula bekerja di sebuah syarikat swasta pada Jun lalu.

Kata Rosli, dia tidak nampak teman wanitanya itu seorang yang menggunakan lelaki untuk kemewahan hidup sebaliknya bekerja demi menampung kehidupannya sendiri.

“Kami mula berkawan rapat sejak dia bekerja di sini pada Jun lalu.

Kami berdua pernah ada pengalaman burvk dalam hubungan cinta. RIDHWAN ROSLI TEMAN LELAKI ALYA IMAN

“Dia bekerja di sini untuk menampung dirinya,” ujarnya.

Ridhwan dan bekas isterinya berpisah secara rasmi pada 8 Oktober 2019 selepas enam tahun perkahwinan.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raina, 5, dan Rafael yang kini berusia tiga tahun.

Ridhwan berkata dia dan Alya belum merancang untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.

Katanya, dia tidak mahu terburu-buru memandangkan mereka berdua pernah melalui masa silam dengan hubungan masing-masing.

Bagaimanapun, Ridhwan mengakui dua anak-anaknya rapat dan menerima Alya dengan baik.

“Bab kahwin tu, kami tak mahu terburu-buru. Anak-anak saya sayangkan dia, itu yang penting. InsyaAllah kalau ada jodoh, tak ke mana.

“Lagipun, kami berdua pernah ada pengalaman burvk dalam hubungan cinta,” jelasnya.

Berikut reaksi dari netizan

 

Sebelum ini, nama Alya hangat diperkatakan selepas seorang wanita dikenali sebagai Penny mendakwa suaminya menjalinkan hubungan dengan pelakon itu sejak tahun lalu.

Bukan setakat itu, seorang lagi individu yang mengaku sebagai bekas kekasih Alya mendakwa berhabis sebanyak RM2.3 juta untuk perbelanjaan peribadi pelakon berkenaan.

Bekas teman lelaki Alya Iman munculkan diri, mengaku silap – “Cukuplah komen negatif kepada saya dan isteri, horm4tilah kami”

Menerusi posting bersama gambar anaknya, Mahathir mengakui kesilapan yang dilakukan dan mengucapkan terima kasih kepada netizen kerana mengambil berat tentang isu rumah tangganya.

“Setelah dua hari saya membenarkan anda semua komen di ruangan yang disediakan, cukuplah segala nasihat, tomahan, f1tn4h dan kata-kata hina yang anda semua tuliskan.

“Saya bersyukur atas ke keprihatinan anda semua terhadap keluarga saya. Jadi cukuplah komen yang negatif di media sosial saya dan juga isteri. Horm4tilah kami.

“Setiap manusia pernah lakukan kesilapan. Sekali lagi, terima kasih kepada semua netizen dan rakyat Malaysia yang prihatin,” tulis Mahathir menerusi Instagram.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : TrendingSangat