Semenjak drama yang dinanti-nantikan orang ramai Nur musim kedua mula ditayangkan, impak yang diterima oleh penonton sangat besar. Bermacam-macam reaksi daripada netizen. Tapi kebanyakannya geram dengan watak Nur & Aisyah yang dikatakan begitu naif.
Malah ada juga yang mengecam jalan ceritanya yang dianggap seperti tidak menggambarkan realiti kehidupan yang sebenar.
Terpanggil dengan dakwaan tersebut, Abdul Muiez Rusli terpanggil untuk kongsikan bahawa kedua-dua watak ini sebenarnya memang wujud kerana dia dah lihat sendiri didepan matanya.
Seronok pula baca status kawan-kawan berkenaan drama Nur 2. Hehehe.
Sebenarnya, saya pernah bertemu dengan seorang perempuan senaif Nur dan Aisyah. Kesnya sama. Sebijik.
Dia dikurniakan suami yang tidak bertanggung jawab, kaki pukul isteri, skandal terang-terangan dan macam-macam lagi.
Tapi si isteri tetap sabar dan reda biarpun dipukul, disepak, diterajang depan anak-anak, datang kerja dengan muka lebam, kurus kering, pernah diugut bunuh dan issshh tak sanggup lagi saya nak sebut.
Selain dipukul, dan diseksa secara fizikal dan mental, dia masih taat kerana…korang baca sendiri, memang sama seperti dalam cerita Nur.
Biarpun diseksa, kenapa si isteri masih setia dengan suami?
Skripnya sama seperti Aishah. Dia hilang kepercayaan dan efikasi diri. Dia telah didoktrin oleh suami, yang dia tak boleh hidup sendiri. Kalau bercerai, hidup dia akan musnah. Takkan ada lagi orang lain nak kan isteri sebodoh perempuan ini.
Nampak tak? Sama tak dengan perjalanan hidup Aishah?
Ustaz Syed Hamadi telah meletakkan racun dalam fikiran Aishah dengan mengatakan dia mandul. Kalau bercerai takkan ada lelaki yang sudi terima perempuan mandul seperti Aishah. Kesudahannya, dia menjeruk rasa biarpun si suami terang-terangan melakukan khianat dan dosa. Biarlah hilang keluarga dan hilang saudara, asalkan tidak memegang status J.
Mesti kita akan kata, betapa bodohnya perempuan tu. “kalau aku lah yang kena macam Aishah tu, memang nahaslah si Hamadi.”
Pernah tak kita terfikir, kenapa kita tidak diuji seperti itu? Jika kita diuji seperti wanita-wanita ini, pasti naratif kehidupan kita akan jadi lain. Jadi, pernah tak kita cuba selami perasaan mereka?
Dalam dunia ni, wujud orang-orang seperti Nur dan Aisyah.
Dahulu, saya kerap permainkan isteri, sebab isteri saya ni jenis takut dengan jarum dan takut nak makan ubat. Saya selalu cakap, “alah. Makan ubat pun nak takut ke? Takkan itu pun tak boleh.”
Apa isteri saya jawab? “Abang tak kena bolehlah. Tahu tak apa perasaan orang takut jarum dan takut makan ubat? Pernah tak salami perasaan golongan ni? Jangan sampai satu hari, saya doakan abang pula yang takut jarum dan takut makan ubat. Masa tu, rasalah.”
Dushhh. Rasa macam kena tinju. Betul juga, kan. Kita tak kena, jadi kita boleh kata macam-macam. Hakikatnya, orang yang diuji sahaja yang tahu betapa beratnya ujian itu. Paling penting, dalam dunia ni, wujud orang-orang seperti Nur dan Aisyah.
Saya bukan pentaksub drama Nur. Malah tidak juga memuja para pelakonnya. Cuma apa yang saya lihat, pengarah Shahrulezad Mohameddin ingin menjentik golongan-golongan naif itu dengan cara yang paling halus. Dan sudah pasti, konflik ini akan terungkai di penghujung episod. Sudah tentu, solusinya nanti akan membuka jalan kepada mereka yang diuji seperti Aisyah dan Nur untuk memilih kehidupan yang lebih bahagia.
Tunggu sajalah. Sabar sikit ya.
Betul, kalau korang perhatikan secara halus sebenarnya mesej yang di sampaikan memang mendalam. Janganlah terlalu memandang hiburan dan kalau menjiwai janganlah sampai taksub sangat.Mesej yang disampaikan adalah untuk kita sedar.
Apapun sama-samalah kita tonton bagaimana pengakhirannya. Terlepas, chill sudah kat iflix kan dah ada
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Lobak Merah via KL MENJERIT