Berikutan dengan w4b4k c0v1d-19 yang melanda di seluruh dunia, tahun ini 10,000 umat Islam sahaja berpeluang menunaikan ibadah haji berbanding dengan kira-kira 2.9 juta orang dari seluruh dunia tahun lalu.
Mereka memulakan ibadah tersebut hari ini dengan mengamalkan norma baharu dimana jemaah harus memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial sebagai usaha kerajaan mencegah c0v1d-19. Lapor Astro Awani.
Mereka dibawa mengikut kumpulan kecil dan hanya melalui laluan yang ditetapkan. Ia sekaligus dapat dilihat perbezaan situasi normal sebelum ini di mana lautan manusia mengelilingi Kaabah ketika musim haji.
Musim haji tahun ini, menerima bilangan jemaah paling sedikit dalam usaha Arab Saudi mencegah c0v1d-19.
Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi ada menyatakan bahawa hanya kira-kira 1,000 jemaah yang tinggal di kawasan itu diberikan kebenaran menunaikan haji namun media tempatan melaporkan sehingga 10,000 dibenarkan menyertai musim haji kali ini.
Mereka juga akan dikuarantin selepas selesai menunaikan ibadat berkenaan. Menurut Kementerian Haji, kesemua jemaah juga diberikan kit kelengkapan yang lengkap membabitkan batu kecil yang sudah disterilkan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : LobakMerah