Pendakwah Imam Muda Asyraf mendedahkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan foto dirinya untuk tujuan penipuan.
Memohon agar semua pihak berhati-hati, Asyraf berkongsi modus operandi individu terbabit menerusi kemas kini terbaru akaun Instagram miliknya.
“Salam buat semua kawan-kawan, sahabat handai, saudara mara yang mengenali mahupun tidak. Saya minta agar semua berhati-hati dengan pemboh0ngan ini.
“Sekiranya anda mendapat mesej dari number ini. (0175257169) Yang menggunakan gambar saya. Jangan layan. Kerana ia satu peni1puan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tambah Asyraf, individu terbabit telah menipu dengan meminta wang daripada beberapa individu lain.
“Harap semua berhati-hati dengan number ini kerana pada malam ini, beliau telah menipu meminta wang dari beberapa individu dengan menggunakan gambar saya,” tulisnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut meminta Asyraf agar membuat laporan p0lis dengan segera.
Sebelum ini, beberapa selebriti lain seperti Sarah Hilderbrand, Lan Solo, DJ Lin, Mawar Rashid dan Fadzil Zahari juga pernah menghadapi pengalaman burvk dengan mereka yang bergelar sc4mmer.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak via TerengganuTv