USAHA mencari peserta Gopeng Ultra Trail 2019 Mohammad Ashraf atau lebih dikenali Acap yang h1ilang lebih setahun lalu masih lagi dijalankan. Abang kepada Acap, Mohd Zahiruddin Hassan, 36, berkata, mereka sekeluarga tidak pernah berhenti berdoa untuk memohon petunjuk dan meneruskan usaha pencariannya.
“Kata-kata semangat serta sokongan semua menjadi faktor utama kami dalam meneruskan misi. Selagi ada kudrat, ruang masa dan waktu, kesihatan, saya akan cuba teruskan usaha mencarinya,” katanya ketika ditemui selepas operasi pencarian.
Mohd Zahiruddin berkata, selain itu kasih seorang ibu kepada anak juga menjadi pemberi semangat kepadanya untuk meneruskan misi pencarian itu. “Acap pula boleh dikatakan anak yang rapat dengan keluarga, jadi kehilangannya sangat terasa.
“Sepanjang pencarian, saya juga berdoa semoga kes yang sebegini tidak menimpa kepada orang lain dan tidak ada lagi ibu yang sed1h, sebab dugaannya memang berat,” katanya. Menurutnya, misi pencarian adiknya itu kini diteruskan semula selepas dihentikan buat sementara waktu sebelum ini kerana akur dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sebelum ini, operasi pencarian bergantung pada keadaan iaitu dua hingga tiga kali dilakukan dalam sebulan. Operasi pencarian sebelum ini dilakukan oleh beberapa kumpulan tetapi buat masa ini kita mempunyai kira-kira sepuluh orang dalam satu kumpulan,” katanya memaklumkan kali terakhir operasi dijalankan pada Januari lalu.
Menurutnya, sebelum operasi pencarian bermula mereka kebiasaannya akan berkumpul terlebih dahulu di ruang arena di Kampung Pintu Padang yang sebelum ini dibuka sebagai pusat operasi mencari dan meny3lamat (SAR).
“Daripada situ kita mengetahui kapasiti setiap kumpulan yang mahu terbabit dalam operasi pencarian dan juga berbincang mengenai ‘hotspot’ yang disasarkan untuk operasi pencarian. Kita akan serapkan kepada kumpulan besar sekiranya kekuatan sesuatu kumpulan itu kurang, kerana kita mahu mengelakkan sebarang kemungkinan sesuatu yang tidak diingini,” katanya.
Menurutnya, operasi pencarian kali ini memberi fokus kepada pencarian melepasi ‘Check Point’ (CP) 6 hingga CP 10. “Operasi pencarian sebelum ini memang sudah merangkumi pencarian di sekitar CP 1 hingga 6, namun kita akan ulang pencarian semula ke CP tertentu.
“Secara teknikalnya bukti gambar terakhir diperolehi di CP 6 yang menjadi antara bukti sahih Acap sudah melalui kawasan itu. Namun, kita tidak mempunyai sebarang bukti yang sahih mengatakan dia melalui CP10 dan tidak check in ‘finishing’ di CP 1, jadi itu yang sedang cuba kita rungkaikan,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini tiada tanda positif dan usaha pencarian masih yang dilakukan. “Sepanjang pencarian ini juga kami cuba menjejak barang-barang peribadi tetapi sehingga kini kita masih tidak berjumpa walaupun satu barang dan itu yang menjadi misteri,” katanya
Menurutnya, mengambil contoh kes di Broga dan beberapa kes hilang yang lain operasi pencarian menggunakan kaedah ulang pencarian. “Kebanyakan kes sasaran hilang ditemui di laluan yang sudah berkali-kali dilalui semasa operasi dan ditemui tidak jauh dari kawasan, jadi kita menggunakan alternatif yang sama untuk ulang pencarian walaupun hanya sekadar rondaan pada ‘track’ yang dia lalui,” katanya.
Acap dilaporkan hilang pada 24 Mac tahun lalu apabila pihak penganjur dan rakannya yang membuat pencarian gagal menemuinya selepas acara tamat pada 2 petang sehari sebelum itu. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan pelbagai pihak termasuk bomba, p0lis, sukarelawan, rakan dan keluarga dihentikan hampir sebulan kemudian.
Misteri Acap Hilang, Doktor Perjelas Kemungkinan Apa Yang Terjadi..
Hampir seminggu Mohammad Ashraf Hassan, atau dikenali dengan nama Acap, 29 hilang ketika menyertai larian di kawasan Gua Tempurung, Kampar bagi kategori 25km. Misi mencari graduan Nilai International University College ini diteruskan dengan giat sehingga ke hari ini.
Pengalaman menjadi petugas perubatan untuk jemaah haji, Dr Faizul Jalal berkongsi pandangan. Ini kemungkinan apa yang terjadi kepada orang yang tersesat. Misteri Acap Hilang, Doktor Perjelas Kemungkinan Apa Yang Terjadi.
Hilang Di Denai… Apa Yang Mungkin Terjadi.. sed1h dan terkejut bila dengar berita kehilangan seorang peserta Gopeng Ultra baru-baru ini. Peserta acara 25km, flag off waktu siang, hilang pun waktu siang. Dikatakan cuaca agak panas semasa hari acara.
Ada yang menyalahkan penganjur kononnya, kurang trail marker… Ada juga yang menganggap peserta mungkin tak cukup persediaan sehingga boleh ‘hilang’. Hearsay mengatakan peserta bukan orang baru dalam running, malah memang aktif dengan hiking…
Kita tolak tepi dulu blaming game.. Sebenarnya macam-macam boleh terjadi, walaupun penganjur sudah buat sebaik mungkin, dan peserta juga suda cukup segala persiapan. Kalau sesat, macamana boleh sesat? Apa yang menyebabkan seseorg yg secara fizikalnya sihat dan bersedia tapi tiba-tiba boleh sesat.
Ini Yang Jadi Kepada Orang Sesat..
Saya teringat satu masa dulu semasa menjadi petugas perubatan untuk jemaah haji di tanah suci tahun 2014. Di Mina, cuaca amat panas dan kering sehingga lebih 40 celcius. Ramai jemaah haji kita yang ditemui sesat, kebanyakkan mereka adalah orang tua yang berseorangan. Bila ditanya apa yang terjadi, mereka seperti keliru, tidak tahu mereka dimana, dengan siapa mereka bercakap dan kemana mereka pergi.
Bila ditanya, “pakcik ke mana tadi?” Pakcik jawab, “pakcik cari kambing pakcik di kebun.” Pemeriksaan menunjukkan mereka sangat dehydrated. Mungkin tidak cukup minum air dalam cuaca yang panas. Bila mereka segera diberikan intravenous drip, lama kelamaan boleh nampak mereka kembali ‘waras’. Mereka tahu di mana mereka berada, mereka kenal siapa di sekeliling mereka dan tahu apa tujuan mereka di sana.
‘Delirium’ Tak Mustahil Dialami Orang Muda Yang Sihat
Severe Dehydration dan electrolyte imbalance adalah satu sebab kenapa sesorang itu boleh mengalami ‘delirium’. Hal ini lebih mudah terjadi pada golongan tua, lebih-lebih lagi jika mereka juga ada sejarah peny4kit kronik lain. Walaupun begitu, tak mustahil delirium boleh jadi pada orang muda yang sihat.
Itu sebab sangat penting seseorg runner samaada yang baru atau lama untuk mengambil berat tentang keperluan air dan electrolyte badan sendiri. Sebab bila badan mengalami dehydration dan electrolyte imbalance yang teruk, macam-macam boleh terjadi, bukan sekadar muscle pain dan cramp sahaja.
Hilang ke alam ghaib? Itu kita serah pada yang pakar untuk ulas. Sebagai orang Islam yang beriman kita tahu itu juga tidak mustahil. Apa-apa pun kita doakan semoga segalanya dipermudahkan dan yang hilang itu dijumpai dengan keadaan selamat.
Sumber/Foto : Dr Faizul Jalal
Video Sar membawa ke satu lokasi berhampiran kawasan track Gut larian Acap. Terjumpa sesuatu yang mengejutkan, laungan azan pula disambut dengan kicauan burung yang kuat.
Al-Israa [44] Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
SAR yg lepas membawa kami ke satu lokasi berhampiran kawasan track GUT larian Acap. Pokok yg tumbuh terlihat aneh dengan sendi yg berbentuk . Laungan azan disambut dgn kicauan burung yg kuat. Unit Masih Ikhtiarkan Dalam Misi Mencari Sebarang Petunjuk. Report Ringkas.
Akhirnya abang Acap berkongsi sesuatu tentang Acap setelah hampir 5 bulan menunggu..
Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih. Biarpun hampir 150 hari peserta larian Gopeng Ultra Trail, Mohamad Ashraf Hasan, 29 atau lebih mesra dipanggil Acap dilaporkan hilang, ia tidak memutuuskan semangat keluarganya untuk meneruskan usaha pencarian sehingga saat ini.
Abang Ashraf, Mohd Zahiruddin Hasan berkata, keluarganya tidak pernah berputus asa biarpun usaha pasukan mencari dan menyelamat (SAR) oleh pihak berwajib telah dihentikan.Usaha mencari masih dijalankan abangnya Mohd Zahiruddin, 35, setiap minggu bersama pasukannya dilokasi berkenaan kerana tidak sanggup melihat ibu mereka, Siti Maznah Khamis, 58, bersed1h merindui anak kesayangannya.
Lebih menyedihkan apabila melihat isterinya, Hamizah Mohd Ali, 27, dan anaknya Aisyah berusia setahun merindui suami serta ayah yang dipanggilnya daddy selepas hampir lima bulan hilang. Kerinduan keluarga ini kepada Acap lebih terasa pada Aidilfitri lalu disebabkan Acap adalah antara yang paling rajin membuat persiapan raya dengan mengemas serta membersihkan rumah.
Kini, tiba pula Aidiladha, sudah pasti kerinduan keluarga ini lebih terasa apabila Acap masih hilang tanpa berita dan sudah pasti tiada kemeriahan sambutan dirasai keluarga ini Mohd Zahiruddin ketika dihubungi Harian Metro berkongsi rasa kesed1han ditanggung dia sekeluarga dan secara peribadi dia yakin Acap masih ada namun tidak tahu lokasi serta keadaannya.
Katanya, sambutan Aidiladha kali ini tidak semeriah tahun-tahun sebelum ini dan mereka sekeluarga tidak membuat sebarang persiapan sebaliknya menyambutnya dalam keadaan ala kadar. “Raya puasa lalu juga kami sambut ala kadar saja kerana setiap apa yang kami lakukan akan teringatkan kepada Acap, dia yang paling rajin setiap kali menyambut raya dan akan membantu mengemas serta membersihkan rumah.
“Sehingga hari ini kami masih jalankan usaha mencari walaupun skala carian kecil dan bantuan luar semakin berkurang. “Kami belum sampai tahap berserah pada takdir, kami masih lagi nak berusaha, doa dan tawakal. ”Yang belum ditemui itu ada pertalian dengan kami, jadi kami akan terus berusaha mencari,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, dia yakin Ashraf masih boleh dijumpai. “Kami memang yakin Ashraf boleh dijumpai, cuma akan ambil masa panjang kerana jika dilihat pada kawasan dilaporkan hilang hanya radius penempatan penduduk, bukan hutan tebal. “Maka agak mustahil dia hilang tanpa jejak begini. Lambat laun akan tahu (apa berlaku pada Ashraf) tetapi perlu sedikit masa dan semoga ALLAH kabulkan doa kita,” katanya.
Pada 23 Mac lalu, Mohammad Ashraf yang memulakan larian dari Gua Tempurrung bagi kategori 25 kilometer (km) disedari hilang selepas dia tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada keduduk4n 10 peserta teratas dalam pertandingan itu. Operasi mencari kemudiannya digerakkan bermula di check point 6, lokasi terakhir mangs4 dilihat iaitu kira-kira 12km dari garis mula.
Sementara itu, kepulangan Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap yang hilang ketika menyertai Gopeng Ultra Trail sejak 23 Mac lalu masih dinantikan isteri tercinta. Biarpun sudah hampir lima bulan tiada khabar berita, Hamizah Mohd Ramli, 27, yakin suaminya akan pulang tidak lama lagi. Mohd Zahiruddin bersama rakan rakan yang bersama dalam pencarian adiknya di kawasan dilaporkan Ashraf hilang.
Menurutnya, besar harapan dia dan anak kecilnya, Aishah Nur Zahra yang berusia setahun lebih melihat Acap menyambut Aidilfitri bersama tahun ini.”Saya yakin masih ada peluang untuk kami beraya bersama. Cukup saya katakan walaupun lagi sesaat nak raya, ia masih lagi harapan untuk saya. ”Doakan suami saya selamat pulang. Memang saya harap dia balik dengan cepat tetapi ALLAH lebih mengetahui masa yang sesuai,” katanya
Berita tentang kehilangan Acap telah mengejutkan ramai pihak dan seluruh rakyat Malaysia. Acap dikesan tidak bersama rakan lain di garisan penamat dalam satu program larian pada 23 Mac 2019 lalu. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Sumber: SinarHairan
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://mediabawang.net/