Dr Noor Hisham Dedah Pernah Berhasrat Untuk Menjadi Mufti

Sebut sahaja nama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham pasti satu Malaysia mengenali figura hebat ini. Malah, sebelum ini setiap petang kita menantikan kelibatnya di kaca TV untuk perkembangan terkini c0v1d-19.

Personaliti yang bersahaja ditambah dengan kredibilitinya memimpin pasukan barisan hadapan negara membuatkan ramai kagum dan yakin dengan kemampuannya dalam mengekang penul4ran c0v1d-19.

Meskipun sibuk untuk untuk melawan penul4ran w4b4k c0v1d-19 di negara kita, baru-baru ini beliau sempat ditemubual New Straits Times dan berkongsikan kisah hidupnya yang tidak diketahui ramai.

Dr Noor Hisham mendedahkan bidang perubatan bukanlah pilihan utamanya. Dr Noor Hisham berkata dia pernah bercita-cita untuk menjadi mufti ataupun pegawai agama sewaktu berumur 14 tahun.

Namun atas nasihat ketua jabatan pengajian agama sewaktu di di Kolej Islam Sultan Alam Shah dia menukar pilihan sebelum jatuh hati kepada bidang perubatan.

“Saya ingin menjadi seorang pegawai agama atau mufti, Ya saya serius. Saya meminati pengajian agama tetapi tetapi pada satu hari ketua jabatan pengajian agama memanggil saya dan meminta saya membaca berkaitan perubatan.

“Katanya sudah ramai yang memepelajari agama tetapi masih belum ramai yang mempelajari bidang perubatan,” katanya.

Menerusi temubual itu, Dr Noor Hisham turut bercerita mengenai kehidupannya dibesarkan oleh seorang ibu tunggal selepas ibu angkatnya berpisah ketika beliau berusia 11 tahun.

“Kami terpaksa berdiri sendiri (bersama ibu angkat) dan saya belajar untuk berdikari dan bebas sejak daripada kecil,” kongsinya.

Bercerita mengenai keluarganya, Dr Noor Hisham berkata dia dibesarkan sebuah keluarga Cina Muslim dari Sungai Pelek dan hanya mengetahui statusnya sebagai anak angkat ketika berumur 46 tahun.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : gulapop