GARA-GARA buah durian, ser4mai 12 pekerja pos di Jerman terpaksa menerima raw4tan di h0sp1tal, manakala puluhan lagi dipindahkan dari sebuah bangunan di bandar Schweinfurt dalam kejadian pada Sabtu.
Menurut kenyataan p0lis Schweinfurt, pegawai p0lis, pasukan bomba serta perubatan telah dikejarkan ke pejabat pos berkenaan selepas menerima maklumat berhubung bungkusan yang ‘mencur1gakan’.
p0lis kemudian mengarahkan mereka yang berada di dalam bangunan tersebut keluar termasuk 60 pekerja, sebelum p0lis dan pegawai bomba memeriksa bungkusan tersebut
Difahamkan, kekecohan tercetus selepas seorang kakitangan pejabat pos itu terhidu bau yang amat asing.
“Oleh kerana kandungan bungkusan tersebut tidak diketahui dan tidak jelas, ia dianggap sebagai barang berisiko tinggi,” kata kenyataan tersebut seperti dilapor portal berita CNN.
Hasil siasatan mendapati bungkusan berkenaan mengandungi empat biji durian dari Thailand yang dihantar oleh seorang penduduk Schweinfurt berusia 50 tahun untuk rakannya di Nuremberg.
“12 pekerja yang mengadu loya telah mendapat rawatan di h0sp1tal, manakala enam lagi dibawa ke h0sp1tal sebagai langkah berjaga-jaga.
“Buah tersebut telah dihantar kepada penerimanya,” jelas kenyataan tersebut lagi.
Kejadian bungkusan berisi durian bukan pertama kali berlaku di Jerman.
Tahun lalu, perpustakaan di Universiti Canberra terpaksa dikosongkan kerana didakwa kebocoran gas dan hasil carian kemudiannya mendapati bahawa bau itu datang dari buah durian.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : arenagempak