PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menegaskan bahawa warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir tetap akan dius1r keluar setelah proses si4sat4n selesai.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, buat masa ini si4sat4n masih dijalankan p0lis Diraja Malaysia (PDRM).
“Saya difahamkan hasil si4sat4n itu telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara. Setelah selesai proses itu, dia (Rayhan) akan dihantar pulang ke negara asalnya, Bangladesh,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata, pas lawatan kerja Rayhan juga sudah ditamatkan.
Ketika ditanya pemberita, Khairul Dzaimee berkata, beliau tidak boleh memberi tarikh jangkaan Rayhan akan dibawa keluar dari Malaysia.
“Cuma, penerbangan paling awal ke Bangladesh ialah pada 31 Ogos ini. Dia akan disenarai hitam untuk selama-lamanya,” katanya.
Md Rayhan ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada 24 Julai selepas Jabatan Imigresen memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera.
Menerusi dokumentari itu, Md Rayhan membuat kenyataan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia terhadap pend4tang asing tanpa izin (PATI) ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penul4ran koronav1rus (c0v1d-19).
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar