Akhirnya, Kehilangan Terjawab.. Ditemui Di Johor! Ini Penjelasan Pihak Polis..

KAJANG: Tiga beradik yang dilaporkan hilang oleh keluarganya hari ini, sebenarnya berada di rumah ibu saudara mereka di Johor Bahru, Johor.

Kehilangan tiga beradik masing-masing berusia tujuh, 10 dan 15 tahun itu dilaporkan kepada p0lis oleh bapa saudara yang juga penjaga mereka pada jam 7.30 pagi tadi di Balai P0lis Batu 9, Cheras.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata sebaik menyedari tiga anak saudaranya tiada di rumah di Taman Rasa Sayang, Cheras, lelaki berusia 60 tahun itu menghubungi ibu tiga beradik itu yang tinggal di Banting.

“Wanita itu memaklumkan tiga beradik itu tidak pulang ke rumahnya sebelum meminta lelaki itu membuat satu laporan polis kerana bimbang berlaku kejadian buruk.

“Bagaimanapun, pada jam 2.30 petang tadi, bapa saudara dimaklumkan tiga beradik itu sebenarnya ke rumah ibu saudara mereka di Johor Bahru dengan menaiki bas.

“Susulan itu, keluarganya menarik balik laporan polis yang dibuat kerana tiga beradik itu sudah pun ditemui dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan, tiga beradik itu tinggal dengan bapa saudara mereka sejak hujung tahun lalu dan ini kali pertama mereka keluar daripada rumah tanpa pengetahuan keluarganya.

Kehilangan Neshaleny, 15, Naveena, 10, dan Niklesh, 7, kediaman mereka di Taman Rasa Sayang, Cheras, mula viral di media sosial dan kes itu mendapat perhatian netizen.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH via RiverBed