Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.
Seorang guru ibarat ibu bapa kedua apabila berada di sekolah. Guru memegang amanah yang besar untuk mendidik pelajar dan menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara di masa hadapan.
Pastinya semua guru ingin melihat semua pelajar mereka berjaya dalam kehidupan. Satu kisah yang dikongsi oleh seorang guru di laman sosial Facebook tentang salah seorang pelajarnya wajar dijadikan inspirasi kepada semua.
Gambar : Norzul Farizah
Hantaran yang ditulis oleh Norzul Farizah itu telah tular dan dikongsi lebih dari 600 pengguna laman berkenaan. Norzul ‘berkata’ dalam post itu :
Kisah Ini Ditulis Sebagai Sumber Inspirasi, Sudah Berapa Banyak Airmata Tumpah Kerananya.
Dia anak yang hebat sering disebut-sebut oleh guru kerana dia seorang bijak dan tingkah lakunya yang sopan. Orangnya sangat merendah diri mungkin jiwa anak kampung masih tebal dalam dirinya.
2018 saya menjadi guru kelasnya – 5 Jasa. 22 orang anak-anak dari pelbagai latarbelakang diamanahkan untuk saya uruskan.
Dia bagi saya seorang yg introvert. Pemalu dan menyendiri. Sering lewat ke kelas saya selepas rehat kerana menunaikan solat dhuha dahulu. bak kata pengetua- dia seorang yang redha, ikhlas dan menerima.
Gambar : Norzul Farizah
20 Ramadhan 1439- sewaktu pengumuman namanya disebut, saya ke pejabat. Ada ibu saudaranya sedang mengisi borang untuk membawanya pulang. saya bertanya kenapa?
Ibunya Meninggal Selepas Sahur Pagi Tadi Allahuakbar, Saya Mencarinya Mengikut Dia Dari Belakang Sebagai Tanda Sokongan.
Airmatanya tumpah apabila ibu saudaranya mengatakan “abang Chik, ibu dah tiada”. Tangannya dikepal. dia memejamkan mata. Saya juga tidak tahan melihatnya. itulah harapannya. Itulah ibunya.
Saya dan guru-guru menguruskan rakan-rakan sekelas untuk menziarah ke rumahnya. Apabila smpai adiknya yang kecil berusia 5 tahun mengejar jenazah ibunya yang diusung untuk diuruskan di rumah jiran.
Rumahnya kecil sudah beberapa kali di tenggelami banjir.
Gambar : Norzul Farizah
Dia menjadi ketua membaca surah Yasin di hadapan jenazah ibunya. dia tidak menangis. yang menangis rakan-rakannya. kuatnya dia menahan perasaan hiba. Waktu inilah adiknya yg kecil 5 tahun tadi, menangis-nangis di luar rumah.
Memanggil-manggil nama ibunya. Kami yg berada di dalam rumah pecah empangan airmata masing2. Ketika pulang, saya memikirkan dia lima beradik makan apa berbuka? makan apa sahur? menangis lagi ke adiknya?
Selepas ibunya pergi, saya lihat prestasinya tidak konsisten. Ketika temu mesra pelajar 2018 tiada lagi peneman dia.
Dia Duduk Di Belakang Sahaja Tanpa Bapanya. Ayahnya Tiada Kenderaan Hanya Ada Basikal.
Untungnya dia kerana rakan sekelas banyak membantu terutama dari segi material. Saya tahu ada yg selalu membelanjainya makan ketika di kantin dan sewaktu sekali sekala outing di bandar. Saya bangga dengan anak-anak 5 jasa saya ini.