“Irfan, ini adalah ibu”, merupakan ungkapan pertama seorang ibu bersama linangan air mata.
Seorang ibu apabila dapat memangku anak bongsunya di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuar4ntin (CIQ) Sadao, Songkhla semalam.
Lima bulan terp1sah susulan pandemik c0v1d-19
Ibu muda Nurhalisa Jehawee, 18, mendukung bayi lelaki berusia lima bulan yang terp1sah susulan penul4ran pandemik c0v1d-19 sekali gus menyebabkan penutupan sempadan Malaysia-Thailand.
“Saya sangat gembira. Akhirnya, dapat mendukung anak saya buat kali pertama selepas lima bulan”.
Terima kasih kerana sudi membantu
“Saya dan keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu dan menderma kepada kami”.
“Ia membantu kami melangsaikan bil h0sp1tal dan membawa pulang Irfan ke pangkuan kami,” katanya kepada Astro Awani.
Difahamkan, hasil bantuan dan derma orang ramai, Nurhalisa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Kajang dan suaminya Muhammad Tifyoleah, 28, berjaya mengumpul wang untuk menyelesaikan bil h0sp1tal termasuk kos bers4lin berjumlah hampir RM30,000.
Irfan dilahirkan ketika berusia tujuh bulan
“Irfan dilahirkan ketika kandungan ibunya berusia tujuh bulan di h0sp1tal Kajang pada 27 Feb lepas”.
Namun, pasangan ini terpaksa men1ngg4lkan Irfan yang ketika itu di bawah pemantauan doktor, untuk memperbaharui visanya dan suami yang tamat tempoh pada 18 Mac lepas.
Susulan c0v1d-19 dan penutupan pintu sempadan Malaysia-Thailand, pasangan itu tidak dapat kembali semula ke Malaysia untuk mengambil anak bongsu mereka di h0sp1tal Kajang.
Irfan diiringi dua jururawat dari h0sp1tal Kajang
Irfan diiringi dua jururawat dari h0sp1tal Kajang bertolak pada pukul 8.45 malam tadi dan tiba di CIQ Sadao pada pagi ini, kemudiannya dibawa ke h0sp1tal Pattani untuk pemeriksaan lanjut.
Bayi berkenaan akan menjalani kuar4ntin wajib bagi warga Thai yang pulang dari luar negara.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kegembiraan apabila kasih ibu dan anak kembali berpaut setelah lima bulan terpisah.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : yoy network