PENGACARA terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi foto-foto menarik sekitar majlis Jejak Tanah puteri sulungnya, Tunku Sofia Najihah yang kini berusia setahun.
Menurut Sarimah, acara yang berlangsung pada Sabtu itu merupakan adat Di Raja Negeri Sembilan yang menjadi amalan tradisi.
“Selesai sudah. Alhamdulillah. Adat Di Raja Negeri Sembilan. Hari ini merupakan majlis Jejak Tanah Tunku Sofia Najihah,” kongsinya di Instagram.
Tambahnya, majlis tersebut itu sepatutnya dilaksanakan lebih awal, namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, ia terpaksa ditangguhkan pada semalam.
Mengisi ruangan komen, ramai peminat dan pengikutnya yang mengucapkan tahniah dan menganggap adat tersebut sebagai sesuatu yang unik dan istimewa.
Sarimah mendirikan rumah tangga dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie yang juga merupakan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 pada 2 April 2015.
(SUMBER/FOTO: Instagram Che Puan Sarimah Ibrahim)
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar