PENIAGA burger kontr0versi, Mohd Asri Hamid, 42, atau Asri Janggut mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila mendakwa kebanyakan p0lis dan tentera tidak menjaga solat.
Dakwaan itu yang dibuatnya itu tular di media sosial serta ramai netizen mengecam kata-katanya itu.
Asri dalam video itu mendakwa kebanyakan yang menyertai p0lis dan tentera tidak menjaga solat.
“Hisap rokok, tak jaga sembahyang. Cuba tanya anggota p0lis, subuh sembahyang tak?
“Bila last (kali terakhir) bawa isteri sembahyang subuh?
“Pernah tak tanya anak apa itu syahadah? Bermakna sebenarnya segala kuncinya,” itu antara petikan terpacul daripada mulut Asri Janggut yang tular.
Ramai netizen menyifatkan pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia itu melakukan sangkaan burvk terhadap pasukan keselamatan.
Malah ada netizen di Facebook (FB) yang mengorek pula rekod lampau Asri Janggut termasuk mempunyai rekod jenay4h memukvl isterinya.
Pemilik akaun Nazirul Syahmi mendakwa Asri Janggut juga mempunyai rekod ugvtan jen4yah dan seleweng wang syarikat.
Bagi pemilik akaun Man Putat’s pula katanya: ‘Sebab itu jangan dipuji terlalu tinggi, syaiqtan datang berbisik-bisik.’
Begitu juga komen pemilik akaun FB Harimau Putih Selatan: ‘kannn…dah jadi hero mula sembang kuat.’
Harian Metro cuba mendapatkan ulasan Asri Janggut, namun jawapannya menerusi WhatsApp memberitahu belum bersedia bertemu media.
“‘Bismillah..wassalam. Buat masa ini keadaan saya amat tertekan dengan apa yang berlaku. Buat masa ini saya belum bersedia bertemu dengan media,” katanya.
Difahamkan, jam 2 petang ini dia akan membuat kenyataan bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) disiarkan secara langsung.
Sabtu lalu, pendedahannya mengenai rumah jvdi dan penjualan rokok seludup di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh menjadikan dia umpama hero dan menggemparkan negara.
Berikut pula nasihat dari Yusoff Azmi
“Harap Saudara Asri perlu perjelaskan tentang tuduhan ke atas Semua Pasukan p0lis dan Angkatan Tentera Malaysia.
“Saya bersimpati pada saudara Asri di atas apa yang berlaku kepada beliau.
“Dan menyokong beliau pada permulaan.
“Saya harap kenyataan beliau adalah disebabkan terlalu teruja dan membuatkan beliau tersasul..
“Kita tidak mahu menyimbah api.. Kita cuba letakkan air untuk diredakan.
“Tetapi pada masa yang sama saya juga memikirkan maruah PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia.
“Saya juga dari keluarga p0lis.. Dan terkesan dengan tudvhan sebegitu”
Yusoff Azmi mula bersuara
Dalam pada itu, Tok Singa juga telah menghubungi Asri untuk mengesahkan mengenai isu tersebut. Berikut ulasan Tok Singa
“Tadi saya baru sahaja selesai bercakap dengan tuan asri hot buger..tentang percakapan dia bab p0lis tentera tak jaga solat itu. Dia maklumkan pada saya dia tersalah cakap,dia tak biasa bercakap dengan berita live.. Jadi insyaAllah dia ada bagitaw saya nak buat live bersama saya pada rabu 12.8.2020 mungkin malam..InsyaAllah..Jadi apa pun kita tunggu tuan badan sendiri menjawab apa yang dia cakapkan itu.”-Tok Singa
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : AppleHijau