“Dah get back ke ni?” – Mimi Lana berkongsi sekeping foto bersama bekas kekasihnya, aktor Syafiq Kyle

Pelakon Mimi Lana berkongsi sekeping foto bersama bekas kekasihnya, aktor Syafiq Kyle ketika menghadiri sebuah program televisyen.

Turut kelihatan dalam foto tersebut adalah pelakon Azira Shafinaz.

Perkara itu telah mencuri tumpuan wargamaya selepas Mimi dan Syafiq tidak kelihatan bersama selepas putus cinta baru-baru ini.

Berdasarkan pemerhatian Gempak di ruangan komen, rata-rata pengikut Mimi mengusik seandainya mereka kembali menjalin hubungan cinta.

Pada masa yang sama, ada juga peminat yang memuji sikap profesional dua pelakon itu dalam urusan kerja mereka.

“Get back la sis.

“How can you guys still work together, kalau aku memang tak lah nak tengok muka ex dah.

“Dah get back ke ni?

“Wah! Macam ada bau-bau cinta kembali.

“Professional,” tulis wargamaya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hi nama i INTHON !! Siapa tengok #serikanhatimu2 ? @garniermalaysia ✨

A post shared by MIMS (@missmimilana) on

Menerusi laporan Gempak pada 4 Jun lalu, Mimi mengakui hubungan cintanya dengan Syafiq telah berakhir.

Walaubagaimanapun, Mimi ketika itu enggan mendedahkan punca hubungan mereka terlerai.

Mengaku Hubungan Dengan Syafiq Kyle Berakhir, Mimi Lana Enggan Dedah Sebab Putus Cinta

Pelakon Mimi Lana mengakui hubungan cintanya dengan pelakon Syafiq Kyle sudah berakhir baru-baru ini.

Mimi bagaimanapun ketika dihubungi Gempak enggan mendedahkan sebab hubungan mereka terlerai kerana menganggap ia perkara peribadi.

“Ya, betullah spekulasi yang tersebar itu. Kami dah tak ada apa-apa. Kami berpisah secara baik dan masing-masing dah move forward.

“Saya minta maaf, tentang mengapa hubungan kami berakhir itu biarlah saya simpan sendiri kerana ia hal peribadi saya,” kata Mimi.

Tambah bintang filem Pusaka ini lagi, enggan mempertikaian soal jodoh kerana semuanya merupakan suratan takdir.

“Lagipun siapalah kita untuk mempersoalkan tentang jodoh. Kita hanya merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya,” kata Mimi positif.

Mimi dan Syafiq Kyle bercinta sejak lima tahun lalu namun hanya mendedahkan mengenai perkara tersebut pada pertengahan tahun 2019.

Bagaimanapun kedua-dua pelakon sama cantik sama padan itu menafikan menyorok kisah cinta mereka, sebaliknya berbuat demikian kerana kurang selesa berkongsi mengenai kisah peribadi secara terbuka.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak