SELEPAS Joy Revfa mengumumkan ikatan pertunangan dengan jejaka yang dikenali sebagai Z.A berakhir, muncul seorang peminat yang sudi berkongsi kasih suaminya dengan ahli perniagaan itu.
Menerusi ruang komen di perkongsian Facebook Joy, 32, individu tersebut meluahkan hasrat untuk menjadikan pemilik nama Siti Arifah Mohd Amin itu sebagai madu atas sebab rasa simpati dengan apa yang terjadi.
“Kahwin saja la dengan suami saya Joy… janji awak baik, kesian pula tengok,” tulis pengguna laman Facebook tersebut.
Joy batalkan perkahwinannya dengan jejaka bernama Z.A yang sepatutnya berlangsung pada Jun lalu.
Menerusi laporan mStar pada Jumaat, Joy mengesahkan pertunangannya dengan jejaka yang dikenali sebagai Z.A pada Mac lalu sudah berakhir.
Kata Joy, keputusan untuk membatalkan majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung Jun lalu itu berakhir berikutan tiada lagi keserasian antara mereka.
Dalam pada itu, seorang lagi pengguna laman sosial membalas komen individu tersebut dan meminta agar tidak mempermainkan soal perkahwinan melainkan benar-benar ingin melakukannya.
Bagaimanapun, individu tersebut menegaskan dia sememangnya serius dengan permintaan itu dan berharap agar suaminya berkahwin dengan Joy.
Peminat kesian melihat Joy membesarkan anak seorang diri.
“Puan saya serius apa yang saya cakap. Tak ada pun saya gelak-gelak. Janji kahwin dengan Joy Revfa. Bukan apa, sudah lama saya jadi pengikut dia. Asyik kecewa saja.
“Kita sebagai peminat dia rasa juga sed1h… anak pula makin membesar. Walaupun keluarga dia sangat memberi sokongan tetap lain ada suami,” kata individu tersebut.
Joy pernah berkahwin dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 namun mereka bercer4i pada 25 Oktober tahun yang sama.
Sebelum itu, Joy pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia enam tahun.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar via TerengganuTv