Pernah dengar dengan ungkapan “tiada insan berd0sa yang tidak mempunyai masa depan”? Oleh demikian jangan lah kita menjadi manusia yang cepat menghukvm kesilapan lampau orang lain dan bermegah dengan diri sendiri.
Cuba bayangkan keadaan Ibl1is yang diciptakan oleh Allah dengan penuh ilmu agama lebih dari kemampuan manusia sendiri, namun disebabkan sikap takbur dan angkuh akhirnya dihukvm untuk berada dalam neraka kelak.
Lumrah kejadian bahawa kita dikurniakan iman yang ada kala naik dan turun seperti mana melabur saham. Apa yang pasti tetapkan diri untuk sentiasa mengenal Allah.
BELLA LUPA PENAT BERSALIN UNTUK BELAJAR ILMU AL-QURAN
Bercerita soal agama, selebriti yang sering menjadi tumpuan peminat iaitu Bella Astillah memukau mata ramai. Biar pun badan baru sahaja “penat” dengan proses bersalin anak kedua bukan menjadi penghalang untuk dia menambah ilmu agama.
Menjengah perkongsian terbaru penyanyi berkenaan di laman Instagram mendapati dia mencvri masa mengikuti kelas mengaji al-Quran hasil bimbingan seorang ustaz yang dikenali sebagai Muhammad Sheikh Bukhari.
“Terima kasih Ustaz Sheikh Bukhari untuk kelas mengaji malam ni. Kalau sesiapa yang nak mengaji, boleh hubungi @kelasmengajidatangkerumah sebab ustaz boleh mengajar di rumah korang atau pun kalau kita outstation boleh mengaji secara online.” Kongsi Bella lanjut.
RAMAI TAK SEDAR KEKURANGAN KETIKA BACAAN DALAM SOLAT
Tujuan Bella mempelajari ilmu Al-Quran bukan sahaja sebagai menimba ilmu pengetahuan tetapi untuk memperbaiki diri untuk menjadi umat Islam yang lebih baik. Dalam solat kita rasa bacaan dah betul tetapi sebenarnya banyak kekurangan.
Perkongsian tersebut mendapat banyak tanda suka dari peminat. Mereka sangat bangga dengan usaha baik yang ditunjukkan oleh isteri Aliff Aziz yang tidak malu untuk mencari ilmu.
View this post on InstagramKESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN DALAM SOLAT..MEG USTAZAH BELLA EXPLAIN . @kelasmengajidatangkerumah
NETIZEN PUJI KECANTIKAN BELLA BERHIJAB
Mereka juga sempat memuji penampilan Bella yang dilihat sangat cantik mengenakan hijab malah mendoakan agar urusan pembelajarannya dalam mencari ilmu agama dipermudahkan.
Kesimpulannya, jangan sesekali berasa malu untuk mencari ilmu agama biar pun usia sudah pun meningkat dewasa. Semakin banyak yang kita belajar, semakin kita sedar betapa rendahnya pengetahuan kita selama ini.
Semoga perkongsian Bella membuka mata ramai peminat untuk mengikut jejak langkah baik tersebut.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Meecks.com via TerengganuTv