Tahniah! 7 Foto Sekitar Majlis Pertunangan Syamel, Ernie Yang Cukup Meriah

SELEPAS lama berteka-teka akhirnya penyanyi Ernie Zakri mengesahkan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi Syamel pada Sabtu di kediamannya.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, berkata majlis pertunangan itu juga hanya dihadiri keluarga terdekat kerana mahu ia berlangsung secara privasi.

“Alhamdulillah majlis pertunangan saya dan Syamel yang berlangsung pada semalam (Sabtu) berjalan dengan lancar. Tapi hari ini baru kami ambil keputusan untuk berkongsi kepada umum.

“Majlis pertunangan kami diadakan di rumah saya yang hanya dihadiri keluarga rapat sahaja. Rakan-rakan pun tak ada sebab kami adakan betul-betul secara privasi.

“Perasaan saya sudah tentu sangat gembira tapi lebih kepada nak semua orang mendoakan yang baik-baik untuk saya dan Syamel,” kata Ernie ketika dihubungi mStar.

Penyanyi lagu Ku Bersuara dan tunangnya itu turut berkongsi foto indah majlis pertunangan mereka di laman Instagram masing-masing pada Ahad.

 

Perancangan untuk melangsungkan perkahwinan, Insya-Allah tahun hadapan.

ERNIE ZAKRI

PENYANYI

 

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat serta rakan selebriti yang turut mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan.

Pada Jun lalu, Ernie meluahkan rasa terharu sehingga menitiskan air mata apabila Syamel memberi kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28 pada 23 Jun lalu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Gundah ini memberitahu dia dan Syamel merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan namun masih belum mempunyai tarikh yang tepat.

“Perancangan untuk melangsungkan perkahwinan, Insya-Allah tahun hadapan. Doakan la yang baik-baik. Kalau dah tahu dan dapat kepastian bila tarikh itu, kami akan berkongsi kepada semua,” ujarnya.

Pasangan penyanyi ini mula berkawan rapat sejak 2018, bagaimanapun kedua-duanya mengunci mulut dan hanya mengakui sekadar teman baik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah.Terima kasih mendoakan yang baik baik untuk kami. Semoga dipermudah urusan hingga akhir hayat. Semoga perjalanan yang bermula dengan majlis pertunangan yang sederhana bersama kaum keluarga ini diredhai dan diberkati. Wedding Planner :@ellysia.etc Wedding dais & decor: @ellysia.etc Coordinator: @ellysia.etc Photo by: @sweetpictures_kl Video by : @sweetpictures_kl Catering: @zai.srigemilang Kerusi Meja : @afk_canopyevent Hand Bouquet: @duuurii_ Hantaran: @duuurii_ Syamel’s Make Up: @fendisani

A post shared by @ syamel_official on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

 Sumber : Instagram Syame, Ernie