Gadis kampung ada 7.8 juta pengikut TikTok

JAKARTA – Seorang gadis kampung berusia 21 tahun dan berasal dari Purwodadi, Jawa Tengah menjadi selebriti TikTok apabila dia mempunyai ser4mai 7.8 juta pengikut, lapor sebuah portal berita baru-baru ini.

Gadis pingitan tersebut, Mega Dwi Cahyani berkata, dia mula aktif menggunakan aplikasi itu sejak dua tahun lalu dan walaupun masih baru, jumlah pengikutnya di TikTok mengatasi bilangan pengikutnya di YouTube dan Instagram.

Selain itu, jumlah pengikut akaun TikTok miliknya juga merupakan yang kedua tertinggi di Indonesia.

“Sebenarnya, sebelum aktif di TikTok, saya bermula dengan aplikasi Instagram ketika dibangku sekolah menengah lagi.

“Selepas tamat sekolah menengah, saya menerima banyak tawaran untuk membuat iklan di Instagram dan saya mula berjinak-jinak dengan YouTube,” katanya.

Selepas aktif dalam akaun Instagram dan YouTube, gadis yang lebih mesra dengan panggilan Cahyani berkata, dia mula mencuba platform media sosial TikTok yang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Indonesia.

“Alhamdulillah, wang daripada YouTube dan pendapatan iklan membolehkan saya membina rumah untuk ibu bapa saya, membeli kereta secara tunai dan memiliki sebidang tanah seluas 990 meter persegi.

“Pada masa hadapan, saya berharap dapat membawa ibu bapa saya mengerjakan umrah dan ibadat haji,” ujarnya.

Disebabkan kejayaan gadis tersebut di media sosial, dia turut mendorong kakak serta adiknya untuk mengikuti jejaknya di alam maya. – AGENSI

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Kosmo