‘Alhamdulillah, Hafizh okay’ – Isteri

Isteri pelumba Moto2 negara, Noor Suzana Abdul Manaf meluahkan rasa syukur selepas suaminya, Hafizh Syahrin disahkan selamat dan masih mampu memberikan senyuman.

Suzana berkongsi rakaman video perkembangan Hafizh, 26, di akaun Instagram Story, yang memaparkan pelumba negara itu menunjukkan isyarat bagus ketika terlantar di atas katil h0sp1tal.

“Alhamdulillah, Hafizh okay. Terima kasih kepada semua yang mendoakan Hafizh,” kata Suzana dalam video yang dimuat naik sebentar tadi.

Terdahulu, jurucakap pasukan Aspar, Jorge Martinez menyatakan rasa terkejvt sebaik melihat kem4lang4n yang berlaku ketika perlumbaan pusingan Grand Prix Austria di Litar Red Bull Ring itu.

Pasukan itu tidak menyangka pelumba yang terlibat dalam kem4lang4n itu adalah Hafizh dan keadaan menjadi sedikit cem4s sebaik identitinya diketahui.

“Pada awalnya kami tidak tahu adakah itu Hafizh. Ketika kami melihat bahawa pelumba itu adalah Hafizh, kami sangat takut kerana mereka tidak menunjukkan gambar (perkembangan lanjut) di televisyen.

“Saya bersamanya di pusat rawatan litar dan perkara pertama yang diberitahu oleh doktor kepada saya ialah dia sedar dan (kem4lang4n itu) tidak memberi kesan tervk di bahagian kepalanya.

“Semua imbasan yang dilakukan juga menunjukkan Hafizh tidak mengalami sebarang pend4rah4n dalaman dan tiada tulang yang pat4h atau seumpamanya,” jelas Martinez menerusi satu kenyataan.

Dalam pada itu, pelumba Moto2 Itali, Enea Bastianini berasa sangat kesal dengan apa yang berlaku dan mendoakan kesejahteraan Syahrin.

Bastianini rasa sangat kesal selepas yang jentera yang dinaikinya tergelincir di selekoh pertama pusingan keempat sehingga mengakibatkan beberapa pelumba lain turut mengalami kem4lang4n.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : wowberita