Hafizh dibenarkan pulang

KUALA LUMPUR: Hafizh Syahrin Abdullah dibenarkan pulang ke ‘motorhome’ di Litar Red Bull Ring-Spielberg dengan dirinya dilihat menggunakan tongkat selepas terbabit dalam satu ins1den ngeri di perlumbaan Grand Prix (GP) Austria, semalam.

Pelumba Moto2 pasukan Openbank Aspar Team itu kemudian menerima lawatan daripada beberapa pelumba seperti Albert Arenas daripada pasukan Moto3, Valresa Aspar Team dan juga Prinsipal Pasukan PETRONAS Sepang Racing Team, Datuk Razlan Razali.

ins1den berkenaan pada mulanya berlaku selepas pendahulu kelas Moto2, Enea Bastianini terjatuh dengan jenteranya berada di laluan sebelum Hafizh yang tidak menyedari kem4lang4n gagal mengelak dan merempuh motosikal pelumba Italtrans Racing Team itu.

kem4lang4n pada awal pusingan perlumbaan itu turut membabitkan beberapa pelumba lain iaitu Andi Farid Izdihar (IDEMITSU Honda Team Asia) dan Edgar Pons (Federal Oil Gresini Moto2) sebelum saingan dikibarkan bendera merah susulan kejadian dan dimulakan semula dengan 13 pusingan.

Hafizh kemudian dibawa ke pusat perubatan litar dengan dirinya hanya dilaporkan mengalami leb4m di beberapa bahagian badan terutamanya di pinggul sebelum dibawa ke h0sp1tal berdekatan untuk pemeriksaan terperinci.

Begitupun, pelumba berusia 26 tahun itu dibenarkan pulang ke litar selepas pemeriksaan dilakukan.

“Saya berasa baik, sangat bernasib baik kerana tidak ada patah di mana-mana bahagian badan. kem4lang4n itu sangat ng3ri. Apapun, saya hanya berasa s4kit di bahagian kaki terutama di kaki kiri. Sekarang ini, saya menggunakan tongkat sebagai alat sokongan untuk saya berjalan.

“Saya akan cuba untuk pulih secepat mungkin dan lihat sama ada boleh menunggang pada minggu ini ataupun tidak,” kata Hafizh yang dijadual mengharungi satu lagi perlumbaan di litar sama minggu ini di GP Styria.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online