TUMPAT – Dua beradik akan mer4ba kawasan sekeliling untuk mencari seorang lagi saudara mereka sedangkan teman perbaringan itu sudah tiada lagi di sisi buat selama-lamanya.
Itulah gelagat Khairul Nisaa’ Mohd Zain, 26, dan Ain Husna, 18 yang mengh1dap celebral palsy dipercayai setiap kali rindukan saudara lelaki mereka, Muhammad Amir, 19 yang menghidap peny4kit sama tetapi telah men1ngg4l dunia lebih dua minggu lalu.
Bapa mereka, Mohd Zain Abdullah, 57, berkata, anak-anaknya itu sudah biasa baring bertiga dan apabila salah seorang daripadanya tiada, dua lagi anaknya itu seolah-olah dapat merasai kehil4ngan memandangkan mereka selama ini tidak pernah berp1sah.
“Mereka anak-anak ‘istimewa’ dan tidak dapat berkata-kata untuk meluahkan perasaan. Tetapi saya tahu, mereka rindukan Muhammad Amir yang baru men1ngg4l dunia pada 1 Ogos lalu. Saya boleh rasa apa yang mereka rasa terutama Ain Husna yang gemar mer4ba mencari abangnya.
“Mereka suka bergur4u dengan cara mereka sendiri dan bila seorang daripada mereka sudah tiada, tentu mereka rasa lain. Saya sendiri pun sed1h dan rindukan dia (Muhammad Amir) sebab sudah biasa melihat mereka bertiga. Kalau saya ada di rumah, ketika dia mer4ba cari abangnya saya akan pegang dan tidur bersamanya. Saya tak pernah cakap Muhammad Amir sudah m4ti. Saya bimbang mereka meng4muk,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Keli, semalam.
Terdahulu, dia menerima menerima sumbangan sempena program khidmat masyarakat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang disertai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Mohd Jaafar Embong bersama Pengarah Negeri, Shaufee Salleh di kediamannya itu.
Kisah mengenai tiga anak istimewa kepada Mohd Zain itu sebelum ini mendapat liputan media di atas kecekalan serta ketabahan bapa tunggal tersebut menguruskannya anak-anak istimewanya itu.
Muhammad Amir men1ngg4l dunia secara mengejvut di rumahnya pada 1 Ogos lalu dan disedari oleh seorang lagi anaknya, Umi Shamira, 28, ketika mahu mengejuvtkan dia untuk makan kira-kira jam 9.30 pagi.
Mohd Zain yang bekerja sebagai buruh berkata, anak keempat dari tujuh beradik itu meninggalkan mereka tanpa sebarang perubahan memandangkan tahap kesihatannya seperti biasa.
Selama ini dia bersyukur kerana dua lagi anaknya sanggup membantunya menguruskan anak-anak istimewa itu.
“Umi Shamira tidak dapat bekerja, kena jaga adik-adik sebab saya sudah keluar bekerja, tetapi saya juga hanya boleh bekerja separuh hari sahaja sebab saya sendiri pun ada masalah kesihatan.
“Saya bersyukur dengan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan insan yang prihatin. Bantuan ini sedikit sebanyak membantu menyara kami anak beranak terutamanya keperluan dua anak istimewa ini,” katanya.
Dalam pada itu, bagi sesiapa yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan kepada Mohd Zain di akaun Maybank (103016042526).
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar