Jual kuih demi keluarga. Kisah warga emas sara empat anak OKU ini cukup mervntun hati

SELAGI nyawa dikandung badan, selagi itulah makcik akan sedaya upaya jaga anak-anak ini walaupun mereka tidak normal seperti orang lain.“

Itu luahan sayu seorang ibu yang cekal menjaga empat anak yang kurang upaya sejak kecil.

Kepada SinarPlus, Normah Lahajar, 69, dengan nada p1lu berkata, tidak semua orang mempercayai bahawa beliau dan suaminya, Ya‘acob Mohamed, 72, masih membanting tulang empat kerat menjaga dan melindungi empat anak mereka yang kini masing-masing sudah mencecah umur 32 hingga 45 tahun.

“Anak sulung saya yang bernama Nazri kekejangan otot pada usia lapan tahun. Selepas itu, dia mengalami masalah lemb4m dan lemah dalam semua mata pelajaran. Anak kedua yang kini berusia 43 tahun pula, cac4t kedua-dua tangan dan kakinya merengk0t selepas diser4ng dem4m panas yang teruk pada usia lima tahun. Kini, dia bergantung dengan kerusi roda untuk bergerak.

“Nazrul, 42, pula mengalami masalah pertuturan sejak lahir selain berdepan masalah kulit yang kritikal manakala yang bongsu, Zainab, 32, pula disahkan aut1sme seawal usia enam tahun,“ beritahu Normah tanpa sekelumit perasaan m4lu.

4 oku

Menceritakan kisah empat anak istimewanya itu, pembikin kuih itu tidak dapat menahan seb4k. Sepanjang temuramah, air matanya sentiasa berlinang.

Ketika menjawab setiap soalan penulis, suaranya terketar-ketar. Sekali-sekala matanya melirik melihat empat zuriat yang sentiasa berada di sisinya.

Sambil tangannya mengadun karipap, Normah meluahkan isi hatinya yang barangkali sudah terpendam lama.

“Tiada ibu akan mendoakan yang burvk-burvk buat anak-anak. Macam ibu lain, makcik nak juga lihat anak-anak berkahwin dan hidup selesa, bahagia bersama pasangan masing-masing. Tidak pernah terfikir anak-anak yang makcik kandung jadi seperti ini,“ katanya.

4 oku

Ujar wanita tabah itu, keadaan empat zuriatnya itu membuatkan suaminya bersendirian mencari rezeki sebagai pelombong biji timah. Sebelum ini, Zainab pernah berkerja di kilang untuk menambah duit poket keluarga.

“Makcik menjaga anak-anak makcik yang kadang-kadang ‘luar kawalan‘. Bayangkan, tiada pengasuh sanggup menjaganya. Itu sebab makcik usahakan buat kuih seawal Subuh setiap hari untuk tampung belanja dapur. Ini semua ujian daripada ALLAH dan inilah dugaan ‘indah‘ untuk kami suami isteri,“ katanya.

Normal ketika dilahirkan

Mengimbau kembali kenangan mengandungkan keempat-empat anaknya itu, Normah berkata, dirinya tidak pernah berdepan dengan sebarang komplikasi.

“Masa makcik h4milkan mereka, memang tiada cac4t celanya. Masing-masing lahir dengan kulit mulus, putih melepak dan sihat, namun siapalah kita menolak takdir ALLAH.

“Bila doktor sahkan anak sulung tidak normal, hati makcik sed1h sangat tapi usahakan juga dia untuk bersekolah khas di Petaling Jaya sampai tingkatan tiga. Nak sambung masa itu susah sangat sebab belum ada sekolah khas yang dekat dengan rumah,“ katanya.

4 oku

Hati Normah terus lulvh apabila tiga anaknya yang lain terus berdepan pelbagai masalah.

“burvk-burvk mereka, anak kami juga, tapi makcik memang sed1h bila mengenangkan masa depan mereka.Nanti kalau kami tiada di dunia ini, siapalah yang sanggup menjaga mereka?

“Setakat ini, duit bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang kami terima digunakan untuk tampung perbelanjaan ulang alik ke h0sp1tal dan rawatan susulan anak-anak,“ ujarnya yang turut menjaga ibu saudaranya yang uzur.

Doa berterusan

Kehidupan keluarga ini sememangnya penuh panc4aroba. Berbual dengan suaminya, membuatkan penulis tiba-tiba berasa h1ba.

Cerita Ya’acob, pada usia 45 tahun, beliau telah diberhentikan kerja sebagai pelombong.

“Memang buntu ketika itu. Pun demikian, tanpa disangka walau sudah lanjut usia, pakcik diterima kerja sebagai buruh kasar sebelum menjadi operator di kilang kimpalan hingga umur 55 tahun.

“Masa itu, pakcik dah tak boleh kerja berat lagi dan dengan wang simpanan yang ada, pakcik langsaikan hutang rumah. Harta pakcik hanyalah rumah untuk anak dan isteri berteduh termasuk satu motosikal kapcai untuk ke mana-mana,“ katanya.

4 oku

Nada Ya‘acob tiba-tiba ceria. Katanya, beliau tidak menduga sama sekali apabila mendapat tawaran menunaikan umrah atas tajaan sebuah agensi kerajaan pada tahun 2018.

“Di Tanah Suci, pakcik panjatkan doa agar rezeki kami tidak putus dan mohon ALLAH memberi rezeki yang lebih baik kepada kami,“ katanya.

Ujar lelaki itu, pemergiaannya ke Tanah Suci sesungguhnya telah mentransisikan sedikit kehidupannya.

Masakan tidak, selepas beberapa bulan, rumahnya dikunjungi oleh golongan prihatin yang sudi mencari dana sumbangan untuk membantunya mengusahakan projek makanan sejuk beku. Beliau juga telah menerima bantuan peti sejuk secara percuma.

“Pakcik macam bermimpi bila ada orang datang bantu. Selain jual kuih karipap, kasturi dan wadey di gerai pisang goreng, kami turut menjual sos dan kicap.

4 oku

“Boleh datang terus ke rumah pakcik kalau nak beli. Nak hantar ke rumah dekat-dekat, bolehlah. Namun yang duduk jauh, memang tak sanggup sebab badan tidak kuat sangat.

“Alhamdulillah, dengan duit jualan inilah kami dapat tampung kos sara hidup dan ubat empat anak yang kami sayangi,“ ujarnya dengan mata berkaca.

Kepada yang ingin membantu Normah Lahajar dan Ya‘acob Mohamed, berikut butirannya:

Alamat: Nombor 55, Jalan DAH 18, Taman Desa Air Hitam, Puchong, Selangor.

Produk: Kuih karipap, kasturi, wade, samosa, karipap sardin dan kentang, apam pisang, apam gula hangus, puteri ayu, popiah, sosej termasuk stok ayam organik.

Jika ada yang ingin menyumbangkan dana untuk meringankan beban mereka, boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1015741000079203 atas nama Nazri Ya‘acob.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar