“Duk4cita dimaklumkan…” – Roy Azman Kec3wa

Pelakon Roy Azman mendedahkan bahawa akaun Instagram miliknya, @royazman30 yang mempunyai lebih 261,000 pengikut digod4m pihak tidak bertanggungjawab.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lepak2 aje 😀

A post shared by ROY AZMAN (@royazmanofficial) on

Perkara itu dimaklumkan Roy menerusi satu entri yang dimuat naik menerusi  akaun Instagram baharu miliknya @royazmanofficial.

“duk4cita dimaklumkan akaun Instagram saya @royazman30 kena godam.

“Sejujurnya saya kecewa sangat dengan apa yang berlaku sebab itulah tempat saya cari makan.

“Sudah ada 261,000 pengikut, bukan senang nak bangunkan. Tahu-tahu orang dah cilok (cvri),” katanya menerusi satu posting video.

Begitupun, katanya, dia masih lagi cuba mendapatkan semula akaun lamanya.

“Macam mana nak berniaga kalau akaun ni baru ada 200 pengikut. Tak apalah, nak buat macam mana.

“Kita kena terima dengan reda, saya masih lagi berushaa untuk mendapatkan balik akaun lama, ada juga sesetengah kawan dapat balik, harap sangat saya dapat balik,” luahnya yang kec3wa dengan apa yang berlaku.

Pada masa sama, Roy turut meminta jasa baik mana-mana individu yang mempunyai maklumat untuk membantunya mendapatkan akaun tersebut untuk menghubunginya di Instagram.

Sejak dibuka semalam, akaun Instagram baharunya kini baru mencecah kira-kira 3,000 pengikut.

Bahkan, beberapa rakan artis juga dilihat cuba membantunya untuk memaklumkan kepada pengikut masing-masing mengenai akaun baharu miliknya itu.

Sebelum ini, beberapa artis juga berdepan situasi sama apabila gagal mengakses akaun Instagram selepas digod4m pihak tidak bertanggungjawab.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

kecewa. bole follow @royazmanofficial tq gengg

A post shared by ROY AZMAN (@royazmanofficial) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : GEMPAK