Sebelum ini, pelakon cantik Zizie Izette selamat melahirkan puterinya baru-baru ini dan telah tamat tempoh berpantang.
Zizie juga telah mengadakan majlis akikah untuk cahaya matanya itu mendedahkan nama puteri bongsunya yang diberi nama Aalisa Belle Izette.
Terbaru, menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Zizie telah memuatnaik gambar terbarunya.
Di dalam posting tersebut Zizie menceritakan bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20KG dalam tempoh 44 hari berpantang.
Menurutnya, berat badannya telah meningkat sebanyak 16kg semasa mengandungkan Aalisa Belle.
Apa yang dilakukannya adalah mengikut menu jadual pemakanan sihatdari Natalis Mother Care setiap hari.
Tambah Zizie lagi, dia juga mengawal kalori dan breastfeeding anaknya. Katanya breastfeeding sangat membantu untuk membakar lemak.
Memandangkan Zizie melahirkan anak secara C-Section, adalah tidak dibenarkan untuk bersenam untuk beberapa bulan.
Gained 16 kg from my last pregnancy and lost almost 20kg in 44 days right after delivery.
What I had to do was to follow all natalismothercare ‘s healthy menu every single day!
Of course, diri sendiri kena kuat x boleh cheat esp when u hv a room full of chocolate. But pls go easy on urself esp breastfeeding mothers out there.
Jgn terlalu berdiet smp susu badan jadi berkurangan & x berkhasiat. I always practice portion control and counting calories.
Breastfeeding juga bnyk membantu bakar lemak. So utk kuruskan badan, selain rawatan2 dari Natalis, saya bnyk bg susu badan dan pump utk baby so badan saya bakar lebih calorie dlm satu hari since I’m a c sect mother and exercise is not an option for the first few months after delivery.
And my weight loss journey doesn’t end here. To look good, I need to lose another 10kg!
I will take one step at a time. Oleh kerana keberkesanan team Natalis menjaga saya, saya sambung lagi rawatan berpantang selama 28 hari lagi.
Yasssss we can do this
Malah menurutnya lagi, dia mahu menurunkan berat badan sebanyak 10kg lagi untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
Semoga Zizie Izette berjaya mencapai berat badan yang diidamkan!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: YoyNetwork