JOHOR BAHRU: Pesona cinta mendorong seorang wanita warga emas di sini, menjual rumah, barang kemas dan kereta, demi membantu seorang lelaki Australia, sebelum menyedari dia dit1pu.
Ketua Jabatan Siasatan jen4yah Komersial Johor, Asisten Komisioner Mohd Salleh Abdullah, berkata m4ngs4 berusia 58 tahun itu menyedari dirinya ditipu selepas menyerahkan wang bernilai RM508,600 menerusi 48 transaksi bank.
Katanya, m4ngs4 dikatakan mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook sejak Oktober tahun lalu.
“Satu laporan dibuat di Balai p0lis Johor Jaya oleh warga emas itu, semalam. Wanita itu mend4kwa dit1pu lelaki Australia yang kononnya pemilik sebuah syarikat minyak dan gas sehingga mengalami kerugian berjumlah RM508,600.
“Suspek memberitahu m4ngs4 yang syarikatnya mengalami masalah kewangan dan memerlvk4n bantuan kewangan daripada m4ngs4.
“m4ngs4 terlalu mempercayai suspek sehingga sanggup menjual rumah, kereta, dan barang kemas miliknya serta menggunakan duit peninggalan mendiang suaminya untuk membantu suspek.
“m4ngs4 yang tidak bekerja memindahkan wang itu ke dalam akaun yang diberikan suspek tanpa membuat semakan terlebih dahulu dengan mana-mana pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Mohd Salleh berkata, dalam minggu ini sudah dua kes pen1puan ‘love scam’ yang membabitkan m4ngs4 terdiri daripada warga emas yang mengalami kerugian besar.
“p0lis sudah berulang kali membuat paparan dan laporan menerusi media masa, namun orang ramai masih terpedaya dengan sindiket penipuan seumpama ini.
“p0lis Johor menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan trend jen4yah ‘love scam’ dan sentiasa mengambil tahu isu jen4yah semasa.
“Jangan sewenang-wenangnya menyerahkan wang dengan jumlah yang besar kepada individu yang tidak dikenali,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH