SEREMBAN – “Sedihlah sebab bersalin kali ini suami tak dapat teman kerana terikat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Tapi saya gembira kerana pujukan saya dan suami supaya anak ketiga kami ‘keluar’ pada 31 Ogos berhasil,” kata Nur Amirah Meslan, 26.
Nur Amirah antara tujuh ibu yang selamat melahirkan anak mereka sempena Hari Kebangsaan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini setakat jam 11 pagi tadi.
Menurutnya, dia dijangka bersalin pada 16 September iaitu Hari Malaysia, tetapi terpaksa dimasukkan ke hospital pada Sabtu lalu apabila mula berasa s4kit mahu bers4lin.
“Saya bersyukur anak ketiga saya seberat 3.3 kilogram selamat dilahirkan secara normal,” katanya.
Nur Amirah yang juga suri rumah berkata, selepas selamat bers4lin jam 3.38 pagi tadi, suaminya hanya berpeluang melihat anak mereka secara panggilan video kerana tidak dibenarkan masuk ke w4d.
Bagaimanapun katanya, pengalamannya bersalin kali ini akan diingati sampai bila-bila kerana pada waktu PKPP dan anaknya pula lahir pada tarikh istimewa.
Seorang lagi ibu, Fauziah Hassan Basri, 34, berkata, dia teruja kerana pertama kali melahirkan anak pada tarikh istimewa.
“Saya betul-betul tak sangka kerana ikut jangkaan saya bersalin pada 9 September, tapi semalam saya sudah rasa s4kit nak bersalin dan suami terus bawa saya ke hospital.
“Tepat jam 4.34 pagi tadi anak kelima saya seberat 3.25 kilogram selamat dilahirkan secara normal,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar