Iqram Diznly minta pendakwah muda tidak menjatuhkan hukum sewenangnya.
PELAKON Iqram Dinzly menegur sikap segelintir pendakwah muda atau ustaz selebriti yang gemar menunding jari dan mencari kes1lapan orang lain di laman sosial.
Menurut Iqram, 38, sebagai individu yang memiliki ilmu agama yang tinggi mereka seharusnya memberi penerangan sewajarnya mengenai sesuatu 1su dan bukan menjatuhkan hukum sewenangnya.
“Pendakwah muda… jangan sesuka hati nak keluarkan dalil dan menjatuhkan hvkvm atas kesilapan orang lain secara terbuka.
“Sebabnya anak muda kita ini banyak belajar daripada media sosial, mereka tak belajar berguru secara bersemuka dan bahaya bila mereka ambil bulat-bulat isi tersebut tanpa mengetahui maksud sebenar yang cuba disampaikan.
“Pelik dengan sikap mereka (pendakwah) yang suka mengh3ntam seseorang secara terbuka, malah saya dapat tahu orang yang konon belajar agama tapi buat m4ks1at t1pu orang sana-sini… apa tu?,” katanya kepada mStar.
Iqram Dinzly minta pendakwah muda dekati mereka yang membuat kesilapan dalam hidup.
Pelakon drama Dunia Baru ini ditemui semasa sidang media program iftar di D’saji Titiwangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Iqram berpendapat golongan pendakwah ini sepatutnya mendekati golongan ‘pendosa’ dan melihat peribadi mereka secara menyeluruh.
“Saya ambil contoh, sebelum ini seorang usahawan dan personaliti media sosial dih3ntam teruk kerana keterbukaannya dalam sesuatu perkara tapi hakikatnya dia seorang yang memiliki akhlak mulia, menjaga kedua ibu bapa dan buat kebajikan.
“Tapi kerana kesilapannya itu, dia dikritik teruk sedangkan dalam hal dos4 ini saya rasa semua orang berbuat dos4, kita semua tak ada beza.
“Tiada manusia yang sempurna dan pasti ada buat salah dalam hidup, sebab itu saya rasa sebaiknya pendakwah muda ini cuba dekati mereka ini terlebih dahulu,” ujarnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber:mStar