LEBIH 1,000 geland4ngan diselamatkan dan ditempatkan di dewan komuniti dan serba guna di sekitar ibu negara pada Mac lalu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung c0v1d-19.
Mereka bukan sahaja diselamatkan oleh pihak berkuasa tempatan daripada dij4ngk1ti v1rus itu, malah dibantu dalam aspek mendapatkan pekerjaan dan penjagaan kesihatan.
Tinjauan Kosmo! kira-kira lima bulan selepas operasi itu dilaksanakan mendapati masih terdapat geland4ngan menghuni beberapa lokasi di sekitar ibu kota.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dipetik berkata, geland4ngan yang masih berkeliaran di sekitar Kuala Lumpur adalah golongan yang baru datang ke ibu negara.
Bagaimanapun, sebilangan pihak pula percaya golongan yang dimaksudkan itu sebenarnya geland4ngan yang sama diselamatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebelum ini, tetapi memilih untuk kembali ke jalanan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ketika diminta mengulas berhubung perkara itu pada 27 Ogos lalu sekadar menjawab ‘lebih banyak kerja perlu dilakukan sekarang.’
Jawapan beliau kepada penulis melalui aplikasi WhatsApp itu ringkas, namun membayangkan betapa isu geland4ngan bukan sesuatu yang mudah untuk ditangani dalam sekelip mata.
Pakar sosial, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, masalah geland4ngan bukan semata-mata tentang makanan, pekerjaan atau tempat tinggal.
Sebaliknya, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris itu berkata, isu pokok mengenai geland4ngan adalah persepsi sosial golongan tersebut yang berbeza dengan tanggapan umum.
“Sebahagian mereka menganggap hidup geland4ngan menyeronokkan sedangkan ia tidak selari dengan kehidupan sesebuah masyarakat.
“Kita perlu perbaiki persepsi mereka ini terlebih dahulu jika benar-benar mahu mengeluarkan mereka daripada kepompong geland4ngan.
“Pemberian makanan, pakaian dan perubatan tidak salah, tetapi perkara utama adalah memperbetulkan persepsi golongan ini tentang definasi kebahagiaan kehidupan,” katanya.
Beberapa geland4ngan ketika ditemu ramah penulis mengaku hidup bahagia di jalanan kerana segala keperluan mencukupi.
Hidup bebas tanpa tanggungjawab, makan percuma lima kali sehari, pakaian diberi orang ramai, malah jika bernasib baik mendapat wang saku sumbangan mereka yang bersimpati.
Pengasas Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia (Empire Project), Mohd. Ashraff Khan Md. Najib berkata, ramai geland4ngan sudah selesa tinggal di jalanan kerana mereka dimewahkan dengan pelbagai bantuan.
“Kadangkala bantuan berlebihan sehingga mengundang kepada isu pembaziran.
“Sebab itu Empire Project kini lebih memberi tumpuan membantu miskin bandar. Bagi kami golongan ini sepatutnya dibantu,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd. Ashraff yakin masih ada harapan untuk membantu golongan geland4ngan berubah jika ada pihak dapat membuka minda mereka kepada peluang memperbaiki diri.
Katanya, geland4ngan sama seperti manusia lain yang mempunyai minat dan keupayaan tersendiri, namun mereka perlu didorong untuk menggunakannya akan tetapi ia bukan sesuatu yang mudah.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : kosmo