Gambar sekadar hiasan. Assalam. Thanks to admin kalau siarkan post aku ni. Aku nak kongsi beberapa kisah manis yang terjadi dalam hidup aku sepanjang bulan 8 ni. Kisah aku bermula bila kau selamatkan stray cat/ kucing jalanan untuk bawa ke klinik, nampak dia tak sihat dan aku tak sampai hati nak biarkan. Disebabkan waktu aku nak bawa kucing tu klinik haiwan kerajaan dah tutup sebab dah jam 8.00 malam, jadk option yang terlintas dalam kepala aku ialah bawa ke klinik swasta.
Berdebar jugakla nak fikirkan berapala kos raw4tan yang nak kena nanti, gaji lambat lagi, tengah hujung2 bulan ni baki dalam bank pun ada ngam2 RM200. Tapi aku tawakal bawa jugak.
Actually masa aku bawa kucing tu aku sendiri pun dalam keadaan tak sihat, dem4m baru nak kebah, tapi aku gagahkan jugak bawa moto, letak kucing dalam beg galas, rempit pi klinik.
Lepas dapatkan raw4tan dan ub4t, kos dia dalam RM160 lebih jugak. Aku tawakal terus bayar sebab aku memang niat nak kucing tu sembuh.
Balik tu aku suap ub4t kat kucing, sambil aku cakap ngan dia.. Meow, kakak sebenarnya tak berapa ada duit, tapi takpela awak doa kakak murah rezeki, janji awak sihat.
Malam tu badan aku letih g1la sebab masa balik dari klinik tu hujan pulak, mujur beg kucing tu kalis air, jadi aku jela basah lencun, baru nak lega dem4m dah jadi nak dem4m balik.
Lepas mandi, solat, makan ubat aku terus tidur. Bangun esok tu, tengok2 ada whats app masuk, kawan aku bank in RM180, dia kata gunala dulu sementara nak gaji.
Masa tu aku pelik eh macam mana dia tau aku tengah pokai.. Allahu terkedu aku.
Pagi tu memang aku start rasa lemah badan mungkin effect kena hujan semalam, aku gagahkan bangun, bagi kucing makan ubat then aku sambung baring.
Sambil2 tu aku scroll fb, nampak ada org share resepi nasi ayam kfc.. Masa tu aku cakap dalam hati sedapnya kalau dapat makan, lama dah tak makan kfc..
Nak keluar beli memang aku tak larat, food panda, grab pun tak masuk kawasan aku.
Ntah bila aku tak sedar aku terlena balik pastu dengar orang ketuk pintu. Rupanya jiran aku mai hantar kfc, guess what? Menu dia nasi ayam kfc sebijik macam aku teringin tadi.
Ya Allah sebaknya aku rasa. Jiran aku bagitau dia singgah kfc tadi pastu teringat kat aku, tu alang2 beli sekali.
Ok selang beberapa hari, kawan aku belanja makan western, jujurnya dah lama aku teringin nak makan, memandangkan harga dia sampai dekat RM40+ sekali makan, aku pendamkan.
Duit yang aku nak asal guna nak makan tempat hipster tu aku gunakan untuk beli makanan kucing. Aku balik ja keja aku singgah pasar bagi makan kucing kat situ dan mana2 kucing jalanan aku jumpa.
See, Allah ganti balik semua yang aku teringin dengan cara tak disangka2.
Banyak lagi pengalaman manis keaja1ban sedekah yang buat aku rasa sangat takjub dengan kekuasaan dan kasih sayang Allah.
So pesanan aku, jangan kedekut kongsi rezeki dengan makhluk yang k3susahan, insyaaAllah berkat rezeki korang dan dilapangkan rezeki.
Apa reaksi warganet, ramai yg kongsi pengalaman mereka
Ain Razali, Selama bela kucing2 ni. Tak pernah rasa tidak kecukupan. Sentiasa rasa cukup…. Dulu rasa mcm cuak gak, cuak la kot2 kalo sesak duit gaji.. Ye lah kan. Manakan pasir, makanan lagi..eh, tiba2 je ada je maghi kucing2 entah dari mana2, menumpang makan makanan kucing rumah ni.
Dari sekor, jadi 4 ekor, tambah jadi 8ekor,now lahir yg baru jadi jumlah 11ekor. Tu belum dikira yg mari bila time lapar shj.. Selalu mar4h2 juga kat kucing2 yg dtg tu tp suami kata, tak apa.. Ada rezeki dorang, dorang lapar juga, bau dr jauh makanan budak2 ni.
Itu baru pd haiwan, apatah lg sedekah pd keluarga, sy mmg menjaga mak ayah yg dh tua. Kalo ikutkan rasa, ish, sipi2 aje tgl gaji, tp, tak pernah rasa sempit. Pujuk hati juga kadang2 tu, tak pe, ckup nye ckup nye. Nah.. Cukup aje
Sesungguhnya ‘rezeki tak disangka’ itu adalah benar.. Banyak kalo nak diceritakan. Disimpan kemas menjadi kenangan manis.
Norizan Mamat, Salam, Makcik pun ada bagi kucing makan. Letak jer bekas makanan dan air, jenis turun sendiri tu. Pepandai la mereka kais.
Biasanya makcik yg beli makanan tu. Seguni dalam RM50 harga, makcik beli dua guni.Yg bagi makan tu suami dan anak anak makcik.
Pasir dan lain lain keperluan makcik sediakan.Somi jenis bawak plastik isi makanan kucing tu pi opis. Nanti banyak la kucing datang rapat bila tengok kereta dia. Menderu berlari.
Yg bersihkan pun somi makcik.Tapi nak bagi tahu, makcik rasa macam lapang jer hidup. Macam dipermudahkan gitu. Makcik dan pakcik bukan jawatan tinggi sangat pun. Kunta kinte jer, tapi ada saja rezeki untuk kami.
Cuma yg pasti, kami bukan la jenis kejar brand/viral atau nak jenjalan makan angin sana sini. Agaknya sebab tu kami rasa macam cukup jer.
Ada kekadang tu, makcik baru lepas order kat shopee makanan kucing, sat lagi ada orang PM… “dah bank in duit projek”
Projek sesekali jer. Tapi, hadir waktu yg tepat. Betul la… Tapi, makcik tak terikat dengan bagi makan kucing. Sedekah yg pada keluarga saat mereka perluukan juga sangat baik. Kan ?
Atau mewakili mak pak kita yg telah tiada. Kalau sebelum ni bagi duit kat tangan mak pak kita, now, kita kirim melalui sedekah untuk arwh, mudahan sampai pada mereka.
Apa pun, semoga kita buat baik walau tak dapat balasan. Sebab kekadang, balasan yg hadir bukan dalam bentuk duit, tapi, k3sihatan dan kebahagiaan.
Terfikir juga dalam hati, makcik kena batu karang dua hari lepas, skit sangat. Tetapi, bila di scan, kecik saja dan tak perlu bdah.
Syukur sangat. Tentu ada doa doa untuk kita yg dimakbulkan tanpa kita sedar, kan?.
Alia Syafiqah, Setuju sngat dgn kuasa sedekah tu…ingat lagi masa dkt uni ada program , lpstu ajk program agihkan roti sorang satu utk peserta pastu tiba2 ada 2 , 3 ekor kucing mai mintak roti.. trus bg roti kat kucing … lpstu ajk bagi 3 bungkus roti baru katanya lebih ..sbb kebetulan atau pun kuasa sedekah tak tahulah..yg pasti tiap kali bg kucing mkn ckp dgn kucing sruh doakan lulus exam.
Elyyn Zarina, Setuju. Dulu hati selalu rasa tak cukup.. follow org ckp kasi kucing mkn. Strt kasi kucing jalanan mkn alih2 dah bela kucing terus. Perasaan tu rasa aman je. Walau kekadang ada hari kita rasa down,rasa sedih,rasa marah.. bila balik rumah perasaan tu hilang. Rasa tu jd aman je.
Rohayu, saya pun ada pengalaman manis dalam bersedekah…jnji allah pasti…saya ingat lg masa tu sedekah rm5 dekat tabung aman palestine di ikea…ada adik tu bwa tbung kita pun bg la tgk xramai yg hulur time tu…tiba2 tgk nama naik lulus zakat pelajar di uni…alhamdulilah…rm5 ja saya bg Allah gnti dengan rm2000.
Sumber – Miss Joyah (Bukan nama sebenar) via IIUMC
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/