Bekas ahli Al-M4unah tak sangka diberi pengampunan

KUALA LUMPUR: Tiga daripada 13 bekas ahli kumpulan Al-Maunah yang dibebaskan awal dari penj4ra mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Yang di-Pertuan Agong kerana mengurniakan kejvtan yang tidak disangka-sangka itu kepada mereka.

Ketiga-tiganya yang ditemui Utusan Malaysia di Sungai Petani, Kedah; Banting, Selangor dan Dungun, Terengganu menyifatkan pembebasan awal setelah lebih 20 tahun berada di sebalik tirai besi bagaikan bermimpi sebaik sahaja melangkah keluar dari pintu penj4ra.

“Ketika melangkah men1ngg4lkan penj4ra, jasad saya seperti masih tertinggal di sini. Saya percaya arw4h ibu bapa saya tentunya kec3wa saya ditahan dan dijatuhi hukvman kerana terlibat dengan Al-Maunah.

“Justeru, saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Yang di-Pertuan Agong kerana mengurniakan pembebasan awal kepada saya dan rakan-rakan.

“Sambutan Hari Kebangsaan Ke-63 tahun ini (kelmarin) amat bersejarah buat saya kerana diberi peluang hidup bebas selepas dijatuhi hukvman sepanjang hayat,” katanya yang mahu namanya dirahsiakan ketika ditemui di rumahnya di sebuah kampung di Sungai Petani, Kedah malam kelmarin.

Seorang lagi bekas ahli Al-Maunah yang turut kembali ke pangkuan isteri dan anak-anaknya di Kampung Seri Cheeding, Banting pula berkata, dia amat bersyukur dengan pembebasan awal itu, malah yang cukup mengharukannya lagi apabila isteri dan anak-anaknya sanggup menunggu kepulangannya selama lebih 20 tahun.

“Alhamdulillah, anak-anak menerima diri saya dan kami sekarang banyak menghabiskan waktu bersama terutama solat berjemaah dan makan bersama-sama. Melihat mereka menerima saya, teringat susah payah isteri menjaga anak yang masih kecil iaitu berusia enam bulan hingga 10 tahun.

“Ketika dalam penjara, pernah juga saya menyuarakan kepada isteri untuk melepaskannya, namun dia tetap setia dan berk0rban menjaga anak-anak dengan mengambil upah mengasuh anak orang,” katanya yang berusia 54 tahun.

Sementara itu di Dungun, lelaki berusia 60 tahun yang juga bekas ahli kumpulan itu turut bersyukur kerana masih diberi peluang kedua untuknya kembali ke pangkuan keluarga dan menghabiskan sisa-sisa hidup.

Sebaik sahaja melangkah keluar dari penj4ra di Selangor, hanya tangisan mengiringi penyatuan semula dia dengan isterinya yang setia menunggu selama dua dekad.

Mengimbau hari pembebasannya pada pagi 17 Ogos lalu, bapa kepada enam orang anak itu berkata, hari tersebut tidak seperti hari-hari lain apabila dia bersama tujuh rakan yang juga bekas ahli Al-Maunah dipanggil ke pejabat penj4ra.

“Sebaik sahaja diumumkan pegawai penj4ra saya dan rakan-rakan dibebaskan, masing-masing seperti tidak percaya sambil mengucap syukur kepada Allah SWT.

“Kami juga berulang kali meluahkan rasa terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memberi pengampunan buat kami. Paling penting, kami juga tak mahu m4ti sebagai b4ndu4n.

“Saya tidak tahu bagaimana mahu menulis surat terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong tetapi sangat menghargai kebaikan Seri Paduk4 sehingga akhir hayat,” katanya ketika ditemui di rumahnya.  

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : utusan