Mira Filzah, Wan Emir disatukan malam ini

PELAKON Mira Filzah akhirnya mengakui bakal disatukan dengan jejaka pilihan hati, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara, malam ini.

Menurut Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, dia sepatutnya bernikah pada Oktober depan, seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Namun terpaksa mengubah perancangan berikutan kakak sulung yang menetap di New York, Amerika Syarikat (AS) sukar berulang-alik kerana pandemik c0v1d-19.

“Kakak tidak boleh berulang alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari, jadi saya terpaksa mempercepatkan tarikh pernikahan.

“Adik bongsu pula terpaksa menunda sedikit pernikahan supaya kakak boleh menyaksikan perkahwinan kami berdua.

“Kakak hanya dapat bersama sehingga esok, selepas itu dia perlu pulang ke AS kerana anaknya akan memulakan sesi persekolahan yang baharu,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Dibawa secara eksklusif, majlis pernikahan Mira dan Emir boleh disaksikan peminat melalui program MBuzz siaran TV3 pada jam 9 malam selama 10 minit. Selain itu, siaran langsung majlis pernikahan boleh disaksikan di akaun YouTube TV3, mulai jam 8.30 malam.

MIRA-EMIR
Restu ibu menjadi penguat Mira memilih Emir sebagai pasangan hidupnya (Foto Instagram : Emiraa2020).

Dalam pada itu, diusik bibit perkenalan dan percintaanya dengan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid itu, Mira berkata, segala-galanya bermula menerusi mesej langsung (DM) Emir di akaun Instagram miliknya.

“Saya tidak membalas pada mulanya dan memikirkan Emir tidak lebih seperti peminat yang lain.

“Selepas gagal berhubung dengan saya, Emir tidak berputus asa apabila menghantar DM kepada emak.

“Saya tidak tahu apa yang Emir katakan pada emak. Tetapi emak beritahu, beliau kenal allahy4rh4m bapa Emir dan menceritakan mengenai latar belakang keluarganya kepada saya

“Bagaimanapun, emak meminta saya cuba mengenali Emir dan berjumpa dengannya. Punca saya terbuka hati semuanya disebabkan ibu bapa.

“Jadi, saya membalas DM daripada Emir dan hubungan itu berlanjutan ke aplikasi WhatsApp,” jelasnya.

Lima kali bertemu, tanpa ragu-ragu Mira memberitahu ibu hasrat hati mengakhiri zaman bujang bersama Emir.

Disember lalu, Emir menghantar rombongan keluarga untuk merisik pelakon Pujaan Hati Kanda itu sebagai suri hidupnya.

“Jika hendak diterangkan apakah keistimewaan yang membuatkan hati saya terpaut kepadanya, sukar untuk dijelaskan. Namun, apa boleh saya katakan, dia lelaki yang baik.

“Sejak pertemuan pertama, saya selesa dan serasi dengannya.

“Selepas lima hingga enam kali berjumpa, saya beritahu emak mahu berkahwin dengan Emir, namun, dia masih belum melamar saya .

“Saya tidak tahu kenapa tetapi mungkin disebabkan gerak hati yang merasakan keputusan itu adalah tepat.

“Apabila saya beritahu Emir mengenai rancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya, dia juga sebenarnya ada hasrat sama.

“Tetapi dia bimbang jika saya anggap terburu-buru. Semua ini tidak akan terjadi tanpa restu emak dan ibu yang memudahkan lagi niat kami berdua,” katanya yang membawa Emir bertemu kedua ibu bapanya tanpa dirancang di Subang Jaya.

Majlis resepsi kedua akan berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya, malam esok, yang bakal dipancarkan secara langsung TV3.

Satu lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong, Ahad ini dan disiarkan secara langsung melalui program Melodi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

When eyes meet 😍😍🙈 . . . . . @fiziwoo

A post shared by Emir 💛 Mira (@emiraa2020) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :