“Kurang aj4r dengan mak, lepas tu buat isteri macam kuli!” – Adlin Aman Ramlie Dikec4m Netizen Gara2 Hal Ini

Selepas bersiaran selama 7 episod, drama bersiri Bidadari Kiriman Tuhan tayangan Slot MegaDrama di Astro Ria mula menjadi perbualan warganet.

Lebih-lebih lagi watak Ikram yang dipegang Adlin Aman Ramlie, seorang arkitek yang mengahwini Manis (Mira Filzah) kerana aturan keluarga.

Rata-rata meluahkan rasa ‘benci’ terhadap Ikram menerusi rungan komen di laman sosial Instagram(IG) Adlin dan Mira Filzah.

Bagaimanapun penampilan Adlin dipuji warganet kerana lakonan berkualiti ditampilkan, nampak bersahaja.

“Ni yang tak suka ni kahwin bukan untuk apa buat kuli kat isteri pulak! Tapi suka watak Adlin simple je, tak nampak kaku…Berlakon tapi nampak macam betul-betul,” komen seorang pengikut.

“Tambah-tambah melu4t tengok si Ikram ni! Padan dengan si Manis pon..Beria berjanji bagai dengan si Yusuf, akhirnya Ikram yang dipilih…Tak sabar nak tengok episode malam ni pulak,” tulis seorang lagi.

“Dh mula menyirap tengok Ikram ni. Kurang ajar dengan mak, lepas tu buat isteri macam kuli! Part dengan anak tu sayang semacam je…Hish! Macam manalah reaksi nenek Manis kalau tau si Ikram macam ni? (berlakon dgn mak sendiri pulak tu),” ulas seorang penonton.

Drama bersiri arahan Rashid Sibir ini turut dibintangi Zul Ariffin, Zarina Zainuddin, Dian P.Ramlee, Ruminah Sidek dan Ruzaidi Abdul Rahman.

Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 25 Ogos 2020 menggantikan Pelindung Seorang Puteri 1.

Bidadari Kiriman Tuhan mengisahkan tentang Manis seorang guru tadika yang berusia 25 tahun, memiliki kembar seiras Manja, yang agak lembam.

Manis dan Manja hidup bersama ibu dan nenek mereka yang s4kit dan kebanyakan tanggungjawab dipikul Manis.

Walaubagaimanapun, hati Manis kemudian mula terpaut dengan guru sekolah rendah bernama Yusuf dan akibatnya hubungannya dengan Manja mula tergvgat.

K0nflik bermula apabila Manis berkahwin dengan Ikram duda yang memiliki seorang anak, kerana aturan keluarga. Apakah yang berlaku seterusnya?

Saksikan drama bersiri 26 episod ini setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 10 malam di Astro Ria.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Episod 7 – Bidadari Kiriman Tuhan

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: GEMPAK