Diana Danielle, penduduk Selangor mahu kerajaan tegas

KUALA LUMPUR – Keper1tan terputus bekalan air bukan sahaja membuatkan rakyat biasa mar4h, malah golongan artis yang menetap di Selangor turut membuat naik status tidak puas hati dengan kejadian itu di akaun media sosial masing-masing.

Semalam, pelakon filem Magika, Datin Diana Danielle ternyata tidak puas hati dengan apa yang berlaku hingga memuat naik status yang dia sedang beratur untuk mendapatkan bekalan air dari tangki statik di kawasan perumahannya di Kota Damansara.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 29, menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab yang menyebabkan bekalan air terg4nggu.

“hukvman RM60,000 tidak setimpal dan ia ibarat celah gigi mereka sahaja sebab itu mereka buat lagi.

“Ia tidak lagi relevan kerana tindakan itu mungkin boleh mencetuskan kluster (c0v1d-19) air Selangor pula. Sekarang pun masyarakat berebut mendapatkan air maka lupakan angan-angan mahu ke planet Marikh,” selor0hnya dalam status di Instagram semalam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Macam nilah boleh terjadi #klusterairselangor, kalau dah basic necessities pun orang kena berebut. Lupakan sekejap angan2 sampai ke marikh kalau benda sebasic ni pun tak lepas lagi 🌝

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

Isteri pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil itu turut me­nyatakan kebimbangan mengenai nasib peniaga kecil, orang tua dan mereka yang kurang sihat menghadapi masalah tersebut.

Diana turut berkongsi satu keratan artikel mengatakan ke­sal4han menc3mar bekalan air di bawah Seksyen 121 Akta Per­khidmatan Air yang memperuntukkan hukvman d3nda RM500,000 atau penj4ra 10 tahun atau rotan.

Sementara itu, di Shah Alam, rata-rata penduduk ber4ng de­ngan kejadian itu dan meminta kerajaan mengenakan kompaun jutaan ringgit kepada pemilik kilang jentera berat yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku.

“Jangan berlembut lagi de­ngan mereka. Perbuatan itu menyebabkan 1.97 juta pemegang akaun merangkumi lima juta orang terjejas,” kata Norolazmi Ab. Hassan, 66, ketika ditemui di pusat agihan air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Seksyen 4.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Beratur bawah matahari for water be like….

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

Seorang lagi penduduk, Zulfatah Shuaib, 48, berkata, impak pencem4ran itu bukan sahaja mengg4nggu aktiviti harian isi keluarga malah kepada peniaga.

“Kasihan kepada peniaga yang sebelum ini terjejas akibat pandemik c0v1d-19 kini berdepan g4ngguan bekalan air pula.

“Inilah masanya kerajaan perlu buktikan mereka prihatin de­ngan kepayahan penduduk Selangor,” katanya. 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Kosmo