Pelakon dan aktivis alam sekitar, Maya Karin meluahkan rasa kec3wa melihat masalah pencem4ran sungai yang berlaku di negeri Selangor ketika ini.
Menurut Maya, dia telah memperjuangan perkara ini sejak dua tahun yang lalu namun, tidak diendahkan oleh sesetengah pihak.
“Dua tahun saya fight dan cuba memberi kesedaran tentang sungai bersih dan sihat.
“Demi alam dan demi kami sendiri. Tapi terlalu ramai yang buat acuh tak acuh.
“Bila 4 hari Selangor tiada air disebabkan sungai tercem4r baru semua bising.
“Where do think our water come from,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Maya menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen senada dengan apa diperkatakan oleh Maya malah turut berharap agar manusia lebih peka mengenai kesihatan sungai kita selepas ini.
Terdahulu, g4ngguan bekalan air terbaru, yang bermula sejak Khamis telah pun menjejaskan 1,292 kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, premis perindustrian Sungai Gong yang dipercayai menjadi punca g4ngguan bekalan air di Selangor kini telah dikenakan kompaun dan disita oleh kerajaan negeri.
Sumber: Instagram Maya Karin
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : MH