HULU KLANG: ‘Boyfriend Mama yang pergi dahulu.’ Itu reaksi Norzaza, anak pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain, 74, yang men1ngg4l dunia akibat komplikasi pelbagai peny4kit, apabila ditanya keadaan ibu, Datin Normala Omar, 63, yang hilang teman hidup sejak berkahwin lebih 40 tahun lalu.
Norzaza yang juga anak kedua pasangan itu memberitahu, ibu tabah menerima hakikat Papa sudah pergi.
“Mama cukup kuat dan reda dengan suratan ini. Tapi kita tak tahu, Mama mungkin menyimpan kesed1hannya dengan cara sendiri.
“Namun, apa yang pasti, cinta dan kenangan mereka bersama akan terus tersemat indah dalam hati Mama,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarga di Ukay Perdana, di sini.
Zulkifli men1ngg4l dunia akibat komplikasi pelbagai peny4kit di kediamannya di Ukay Perdana, di sini, pada jam 7.30 malam tadi.
Sementara itu, anak sulung pasangan itu, Norzizi berkata, Papa seolah-olah menunggu anak-anak berkumpul di sini, sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Norzizi memberitahu, dia dan empat adik-beradik yang lain termasuk yang menetap di Perlis, kebetulan berkumpul di ibu negara, hujung minggu ini, bagi mengemas rumah milik arw4h di Setapak.
“Kebetulan kami semua ada di sini termasuk adik yang menetap jauh di Perlis. Kami berkumpul kerana mahu mengemas rumah papa di Setapak yang hendak dijual.
“Memikirkan semua sudah berkumpul dan melihat keadaan papa, kami adik-beradik mahu berbincang malam ini (malam tadi) sama ada mahu menghantar papa ke h0sp1tal,” katanya.
Norzizi berkata, arw4h pergi dengan tenang sebaik azan Maghrib berkumandang.
“Saya yang ada bersama arw4h tidak nampak arw4h seperti menghembvskan nafas terakhir.
“Ada suatu ketika, Papa seperti menarik nafas dan matanya pejam,” katanya yang sempat menggosok belakang tubuh arw4h dan memberinya makan biarpun tidak berselera untuk menjamah.
Norzizi berkata, arw4h tidak memberi tindak balas sejak petang semalam biarpun masih mampu berkomunikasi dengan isyarat tangan dan bahasa tubuh.
“Buah pinggang Papa berada pada tahap krit1ikal dan tidak berfungsi. Papa terbaring dan tidak boleh melalui proses dialisis kerana tidak berupaya lagi.
“Doktor sudah mengesahkan keadaan kesihatan ayah yang kritikal… Cuma sudah sampai masanya (untuk pergi),” katanya.
Pagi tadi, jen4zah allahy4rh4m dimandi dan disolatkan di Masjid Ukay Perdana. jen4zah kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, pada jam 12 tengah hari tadi.
Selain keluarga dan sanak-saudara, turut memberi penghormatan adalah teman artis seperti Datuk Yusof Haslam, Datuk M Nasir, Hail Amir dan Eman Manan.
Mac lalu, Zulkifli yang berasal dari Alor Setar, Kedah, dimasukkan ke h0sp1tal UiTM Sungai Buloh apabila disahkan mengalami pendarahan dalam otak.
Sebelum ini, arw4h pernah dikejarkan ke h0sp1tal akibat j4ngk1tan kuman dalam dar4h dan masalah buah pinggang.
Pada zaman kegemilangannya, Zulkifli pernah membintangi drama Tragedi Seri Mersing pada 1985 dan cukup terkenal dengan watak Bentayan.
Filem lain lakonan arw4h adalah Sayang Anakku Sayang pada 1981, Penentuan (1982), Kecil-Kecil Cili Api (1996), Anak Mami Kembali (2005) dan Cicakman (2006).
allahy4rh4m berkahwin dengan Normala pada tahun 1976 dan dikurniakan lima cahaya mata selain tujuh cucu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH