Kemeriahan majlis perkahwinan pelakon popular, Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar masih dirasai sehingga kini walaupun telah memasuki hari keempat.
Dari konsep perkahwinan, busana pengantin, solekan muka dan tingkah laku ‘sweet’ pasangan tersebut sentiasa menjadi perhatian warganet di laman media sosial.
Terbaru, wajah Wan Emir yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid dikatakan mirip seperti aktor Azhar Amir.
Seorang pengguna Facebook, Nur Nadzirah Hashim berkata demikian selepas melakukan perbandingan wajah melalui gambar kedua-dua lelaki berkenaan.
“I sorang je ke yang perasan?”
Namun bukan sahaja Nur Nadzirah, malah terdapat juga beberapa individu lain di Twitter yang turut memberi pendapat sama dengan mengatakan wajah Wan Emir dan Azhar Amir kelihatan agak serupa.
Pelakon kegemaran tu!
Untuk makluman, aktor berusia 48 tahun itu sering melakonkan watak bapa dalam beberapa drama tempatan sejak menceburi bidang lakonan pada tahun 2014.
Menggigil dapat watak Tun M
“SAYA menggigil apabila ditawarkan untuk melakonkan watak tokoh hebat seperti Tun Dr Mahathir. Saya sendiri tidak sangka terpilih sedangkan ramai pelakon hebat dan terkenal datang proses uji bakat ketika itu,” kata pelakon Azhar Amir, 47, ketika ditanya pemilihannya melakonkan watak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam filem Mahathir : The Journey.
Azhar berkata, dia juga sedar pemilihannya untuk melakonkan watak Dr Mahathir dipersoalkan ramai pihak termasuk warganet ketika ini kerana dia bukanlah pelakon dikenali ramai.
“Saya berani terima tawaran itu kerana mahu menyahut cabaran besar melakonkan watak pemimpin tertua dunia berusia 94 tahun itu.
“Mungkin usia saya masih muda tetapi sebagai pelakon saya akan berusaha memberikan yang terbaik kerana ia julung kali diberi kepercayaan watak utama di layar perak,” katanya.
Ditanya mengenai persediaannya, Azhar berkata, dia merancang untuk bertemu dengan Dr Mahathir secara peribadi dan memohon restu daripadanya untuk melakonkan watak itu.
“Saya mahu bertemu dan bersalaman dengannya. Saya sedar tidak boleh minta banyak masa daripada seseorang yang begitu hebat sepertinya. Restu itu penting kerana saya akan melakonkan watak tokoh hebat yang masih hidup dan memimpin negara ketika ini,” katanya.
Sementara itu, pengarah filem itu, Dr Hatta berkata, pemilihan Azhar diputuskan penerbit selepas sesi uji bakat dijalankan.
“Azhar berjaya menjiwai dialog penting Dr Mahathir dengan baik dalam waktu singkat dan meyakinkan semua pihak ketika uji bakat. Walaupun usianya muda, wajahnya boleh diubah menjadi tua dan nampak matang dari segi usia,” katanya.
Azhar mula terbabit dalam bidang lakonan sejak 2014 dan banyak melakonkan watak bapa dalam beberapa drama bersiri.
Antara filem lakonannya sebelum ini ialah watak kecil dalam filem Pulang, filem Indonesia My Stupid Bos dan filem Hong Kong, Operation Mekong.
Sumber : Facebook , Twitter
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : MB