Body sh4ming kes4lah4n jen4y4h

KUALA LUMPUR – Perbuatan mengvtuk, mengh1na dan menc4ci bentuk tubuh seseorang adalah satu kesal4han jen4y4h yang boleh diambil tind4kan undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, undang-undang yang terpakai di Malaysia untuk menangani pelakuan jen4y4h berkenaan adalah di bawah Seksyen 233(1)(a)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 509 Kanun Kes3ks4an (KK) dan Seksyen 14 Akta Kesal4han Kecil 1955.

“Mereka yang didapati bersal4h di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dikenakan d3nda tidak lebih RM50,000 dan penj4ra tidak lebih setahun atau kedua-duanya, manakala kesal4han di bawah Seksyen 509 Kanun Kes3ks4an boleh dikenakan penjara sehingga lima tahun.

“Bagi kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesal4han Kecil pula, seseorang yang did4kwa boleh did3nda tidak melebihi RM100,” katanya kepada Sinar Ahad di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata, pihaknya akan membantu si4sat4n polis dari segi teknikal berhubung sebarang laporan yang diterima.

“Individu yang menjadi mangsa jen4y4h body shaming di media sosial perlu membuat lap0ran polis sebelum merujuk kepada SKMM.

“SKMM akan membantu dari segi si4sat4n berkaitan teknikal untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, jika ada bukti dan perkara itu disahkan polis, SKMM akan memaklumkan kepada Google dan YouTube berasaskan laporan polis yang diterima sebelum tindakan sekatan akaun dibuat.

“Google berhak dan akan sekat akaun individu terlibat. Ini kerana setiap orang yang menggunakan akaun Google perlu mematuhi terma yang ditetapkan,” katanya.

Sebelum ini, seorang wanita membuat laporan polis susulan dakwaan seorang influencer mengh1na bentuk fizikalnya menerusi laman Facebook secara langsung.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar